Khamis, 3 September 2009

BALIK KAMPUNG ....RAYA

1. Menghentikan langganan suratkhabar/majalah. Suratkhabar yang melambak tidak dikutip menggambarkan ketiadaan orang di rumah.

2. Jangan tinggalkan sebarang nota mengatakan ketiadaan penghuni rumah.

3. Memasang lampu di hadapan & belakang rumah. Sebaiknya lampu yang ada sensor.

4. Pastikan alat pertukangan, seperti cangkul, parang dan lain-lain disimpan di dalam rumah. Ini boleh menyenangkan orang-orang jahat menggunakan untuk mencungkil rumah.

5. Memasang alarm kepada yang berkemampuan.

6. Jangan tinggalkan/sorok kunci rumah di tempat-tempat yang boleh mengundang pencuri.

7. Membuat double lock pada pintu dan tingkap.

8. Pastikan kawasan rumah anda bersih dan lapang. Dapat mengelakkan penjenayah menyorok disebalik pokok-pokok yang merimbun.

9. Memaklumkan kepad jiran bahawa anda balik kampung, terutama kepada jiran yang bukan beragama Islam.

10. Hubungi pihak polis untuk memaklumkan anda bercuti.

Tiada ulasan: