Pecah Rumah
Pecah rumah adalah kejadian jenayah yang sering berlaku terhadap tempat kediaman. Pecah rumah dilakukan secara tidak berhadapan dan sering berlaku pada waktu siang ketika penghuni rumah keluar bekerja atau bersekolah. Ia juga berlaku pada waktu malam jika penjenayah telah memastikan bahawa rumah ditinggalkan oleh penghuninya buat sementara waktu. Hari-hari perayaan adalah saat emas untuk penjenayah pecah rumah melaksanakan aktiviti mereka kerana ramai orang meningalkan rumah untuk pulang ke kampung atau menziarahi sanak saudara dan sahabat handai.
Kebanyakan penjenayah pecah rumah terdiri daripada remaja, penagih dadah dan pendatang asing. Keterdesakan untuk mendapatkan wang sering menjadi punca jenayah ini dilakukan mereka. Barang-barang kecil dan berharga seperti barang kemas, komputer mudah alih, barang eletrik dan elektronik adalah tumpuan mereka ketika memecah rumah. Barang-barang ini dijual untuk mendapatkan wang membeli dadah atau kepeluan asas kehidupan.
Rompak
Rompak adalah jenayah yang berlaku secara berhadapan dengan mangsa. Ada ketikanya ia boleh melibatkan kemalangan jiwa terutama apabila mangsa melawan dan tidak mengikut kemahuan perompak. Rompakan boleh terjadi di mana-mana sahaja sama ada di tempat kediaman, premis perniagaan atau di jalanan.
Rompakan tempat kediaman sering dilakukan pada waktu malam atau awal pagi ketika penghuni rumah sedang tidur dan berehat. Keadaan mangsa yang mamai dan tidak bersedia memudahkan perompak melaksanakan rompakan.
Rompakan rumah sering dilakukan oleh penjenayah yang berpengalaman dan mempunyai persediaan yang teratur. Penjenayah biasanya menggunakan senjata berbahaya seperti senjata api atau senjata tajam untuk mengugut, mencederakan, mempertahankan diri atau membunuh. Senjata-senjata ini mungkin dibawa oleh perompak atau diambil di premis yang dirompak itu sendiri.
Barang-barang tumpuan perompak adalah wang, barang kemas, dokumen sulit, dan komputer mudah alih. Barang eletrik dan elektronik yang agak berat dan besar kurang menjadi tumpuan kerana rompakan biaanya dilakukan dalam tempoh yang cepat sebelum mangsa dapat mencari jalan untuk melepaskan diri dan meminta pertolongan.
Sasaran perompak lebih tertumpu kepada rumah mewah yang dipercayai menyimpan barang berharga dan wang yang banyak.
Rompakan jalanan sering terjadi di tempat-tempat sunyi dan terselindung daripada orang ramai seperti lorong-lorong sunyi dan gelap yang sering dijadikan jalan pintas mangsa yang berjalan kaki. Rompakan jalanan juga lebih tertumpu pada waktu malam bagi memudahkan perompak menghilangkan diri tanpa dijejaki setelah melakukan rompakan. Kebanyakan perompak jalanan menggunakan senjata tajam.
Wang, barang kemas, telefon bimbit, beg tangan dan dompet menjadi tumpuan perompak jalanan. Penampilan mangsa menjadi panduan kepada perompak jalanan dalam mencari sasaran jenayah.
Kadangkala rompakan turut disertai dengan jenayah lain seperti rogol dan bunuh untuk mengelakkan identiti penjenayah dibongkar dan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Tipu
Tipu adalah jenayah yang dilakukan secara berhadapan dengan mangsa. Biasanya penipu menyamar sebagai jurujual yang sedang mencari pelanggan dan menawarkan barang kepada mangsa.
Penipu cuba mempengaruhi mangsa untuk membeli barang yang dijual dengan menawarkan hadiah untuk setiap pembelian yang dilakukan. Mangsa diminta untuk membayar sejumlah wang untuk barang tersebut dengan janji barang akan dihantar kemudian. Namun setelah menunggu beberapa lama barang yang dijanjikan tidak muncul tiba sedangkan wang telah lesap. Apabila diselidiki syarikat yang diwakili jurujual pun tidak pernah wujud di dunia.
Selain itu penipuan juga terjadi dengan helah kad gores. Mangsa diminta untuk menggores kad yang kononnya terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah. Apabila digores sejumlah barang didakwa telah dimenangi oleh mangsa dan diminta untuk membayar sejumlah wang yang besar untuk barang tersebut apabila mangsa tidak mahu membayar, mereka diugut dengan menyatakan bahawa mangsa telah bersetuju menggores dan itu menunjukkan bahawa meeka bersetuju untuk membayar barang tersebut. Lebih memburukkan keaaan setelah wang diberikan barang tidak muncul tiba atau barang yang diperolehi tidak bermutu dan mudah rosak.
Penipuan juga terjadi apabila penjenayah menyamar sebagai pengutip derma untuk majlis amal atau wakil badan kebajikan. Apabila diselidiki majlis amal atau badan kebajikan tersebut tidak pernah diadaan atau wujud.
Penjenayah juga melakukan teknik penipuan seperti ini untuk meninjau keadaan luar dalam rumah mangsa sebelum melaukan rompakan atau pecah rumah. Peninjauan yang dilakukan itu memudahkan jenayah yang ingin dilakukan kerana telah mengenal pasti kedudukan barang, ruang dan jalan untuk mauk dan melepaskan diri.
Lebih malang lagi setelah penjenayah dapat memasuki rumah hasil penipuan atau penyamaran diri yang dilakukan mereka terus melakukan jenayah rompakan, rogol atau pembunuhan terhadap mangsa. Jenayah seperti ini kurang disedari orang ramai kerana penjenayah memasuki rumah dengan izin penghuni rumah.
Rogol
Sat lagi jenayah secara berhadapan dengan mangsa. Rogol adalah jenayah yang menjatuhkan mangsa dan menyebabkan mangsa menghadapi tekanan mental dan emosi. Definisi rogol ialah pemabitan dalam aktiviti seks dengan orang yangtidak merestuinya. Rogol juga terjadi kepada orang yang merestuinya tetapi mangsa tersebut masih di bawah umur.
Jenayah rogol boleh diklasiikasikan kepada empat jenis iaitu:-
1. Rogol domestik
Rogol yang biasanya dilakukan di rumah mangsa oleh orang yangmempunyai akses terhadap ruah mangsa seperti teman lelaki, ahli keluarga, saudara dekat, atau kenalan rapat.
2. Rogol temujanji
Penjenayah memerangkap mangsa dengan mengaturkan temujanji untuk bertemu. Seterusnya memujuk mangsa untuk berdua-duaan di tempat yang sunyi dan jauh daripada pandangan awam. Situasi jenayah ini boleh berlaku degan sekali pertemuan atau beberapa siri pertemuan bergantung kepada pengaruh penjenayah terhadap mangsa. Penjenayah juga mungkin memasukkan pil khayal ke dalam minuman magsa ketika mangsa tidak menyedarinya.
3. Rogol kenalan
Penjenayah mungkin terdiri daripada orang yang dikenali mangsa. Penjenayah menyimpan hasrat terhadap mangsa dan sering mengekori atau memerhaikan mangsa. Apabila kesempatan terhidang hasil pemerhatiannya, jenayah rogol dilakukan.
4. Rogol orang asing
Rogol yang dilakukan oleh penjenayah yang tidak dikenali mangsa. Rogol yang sering dilakukan sering diikuti dengan tindakan kejam yang lain seperti pembunuhan untuk menghilangkan saksi dan bukti.
Ragut
Jenayah yang amat popular akhir-akhir ini. Ragut dilakukan secara berkenderaan atau tanpa kenderaan. Peragut memerhatikan mangsa beberapa ketika menunggu kelekaan mangsa sebelum jenayah ini dilakukan.
Beg tangan wanita menjadi tumpuan popular peragut. Peragut hanya memerlukan beberapa detik kelekaan mangsa untuk meragut dan melarikan diri secepat mungkin dengan berlari atau mennggang motosikal pada kebiasaannya. Walau bagaimanapun penggunaan kereta dalam jenayah ini juga boleh dilakukan.
Mangsa yang menjadi tumpuan peragut terdiri daripada pejalan kaki di tepi jalanraya, yang sedang leka membeli belah,yang sedang menunggu bas atau teksi di pondok perhentian, dan penunggang motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat.
Ugut
Ugut dalam konteks jenayah di sini boleh dibahagikan kepada dua jenis:-
1. Ugutan fizikal
Ia sering terjadi di luar rumah di tempat-tempat sunyi yang terlindung daripada pandangan ramai. Penjenayah mengugut akan mencederakan atau membunuh mangsa untuk memaksa menyerahkan wang atau harta benda yang berharga. Ugutan seperti ini boleh dimasukkan dalam hal rompakan.
2. Ugutan mental
Penjenayah mengugut akan menyebarkan fitnah atau hal-hal peribadi mangsa kepada umum untuk memaksa memberikan sejumlah wang yang dikehendaki. Penjenayah menggunakan panggilan telefon, surat, e-mail atau internet untuk menghubungi mangsa.
Ugutan juga sering menyusul selepas penculikan. Ugutan untuk mencederakan atau membunuh mangsa penculikan jika ahli keluarga mangsa tidak menyerahkan tebusan seperti yang dikehendaki oleh penculik.
Culik
Jenayah culik sering menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai mangsa. Matlamat penculikan ialah untuk menuntut wang tebusan dalam jumlah yang besar daripada ahli keluarga mangsa.
Selain itu penculikan juga dilakukan untuk memaksa ahli keluarga mangsa menurut kehendak penculik terhadap motif-motif tertentu. Biasanya penculikan jenis ini dilakukan dengan perancangan yang rapi dan mangsa terdiri daripada keluarga kaya, berpangkat danmempunyai kepentingan tertentu.
Penculikan juga berlaku dengan matlamat untuk menjual mangsa kepada sindiket pelacuran dan perhambaan kanak-kanak untuk meminta sedekah. Mangsa culik juga mungkin dibunuh bagi mendapatkan organ-organ tertentu untuk dijual dengan harga yang tinggi di pasaran gelap.
Gangguan seksual
Gangguan seksual boleh terjadi di rumah, di tempat kerja, dan di tempat-tempat awam. Gangguan seksual boleh terjadi dengan pandangan, percakapan dan kelakuan. Biasanya gangguan seksual dikaitkan dengan sesuatu yang berbaur lucah. Gangguan seksual secara pandangan adalah seperti memandang bahagian-bahagian sulit di tubuh mangsa dengan pandangan tajam dan bernafsu dan kerap memerhatikan atau mengekori mangsa ke bilik air. Melalui percakapan pula gangguan seksual dilakukan dengan mengeluarkan kata-kata lucah dan mengajak mangsa melakukan aktiviti seksual. Manakala melalui kelakuan pengganggu seksual kerap memperlihatkan cara aktiviti seksual dijalankan kepada mangsa dan meraba tubuh badan dan bahagian sulit mangsa. Pencabulan juga termasuk dalam kategori gangguan seksual.
Ia berlaku tidak mengira peringkat umur dan jantina. Walau bagaimanapun golongan wanita lebih kerap menghadapi gangguan seksual berbanding lelaki.
Gangguan seksual mendatangkan tekanan emosi dan mental kepada mangsa. Lebih malang lagi gangguan seksual sering dirahsiakan tanpa membuat pengaduan yang sewajarnya kerana mangsa berasa malu dan tertekan. Ini menyebabkan pengganggu seksual terus mendera mangsa. Mangsa juga sering diugut dengan tindakan jenayah yang lebih besar jika melaporkan kes gangguan seksual kepada pihak yang bertanggungjawab.
Keganasan rumah tangga
Jenayah secara berhadapan yang dilakukan oleh penghuni rumah terhadap penghuni rumah yang lain seperti suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak, atau antara ahli keluarga yang lain.
Jenayah ini melibatkan penderaan emosi, seksual, fizikal, dan mental. Keganasan rumah tangga sukar dikesan kerana sering dianggap sebagai masalah peribadi, jarang didedahkan dan berlaku di tempat tertutup. Keganasan rumah tangga memberi kesan terhadap semua penghuni rumah pada setiap peringkat umur.
Mangsa keganasan rumah tangga berasa malu dan segan untuk mendedahkan perihal keadaan mereka. Selain itu keengganan mereka mendedahkannya adalah disebabkan kesetiaan dan kasih sayang mereka kepada pendera. Mangsa juga takut mendedahkannya kerana diugut oleh pendera yang akan meningkatkan penderaannya. Sesetengah mangsa pula menganggap kejadian yang menimpa mereka adalah perkara biasa atau terjadi atas kesilapan yang mereka lakukan.
Berikut adalah antara tanda-tanda keganasan rumah tangga berlaku:-
· Mangsa mempunyai lebam atau bengkak di anggota tubuhnya
· Mangsa tidak dapat menjelaskan secara baik mengenai kecederaan mereka
· Mangsa mempunyai kadar ketidakhadiran yang tinggi di tempat kerja atau di sekolah
· Mangsa menjadi sangat pendiam, pemalu dan penakut
· Mangsa selalu berkeadaan murung
· Mangsa kurang selesa apabila ditanyakan mengenai kehidupannya
· Mangsa dikesan mempunyai kebebasan yang amat terbatas.
Bunuh
Jenayah berhadapan yang menamatkan riwayat mangsa. Pembunuhan berlaku berkemungkinan besar daripada dua sebab:-
1. Dendam dan perselisihan yang berlaku antara penjenayah dan mangsa.
2. Pengakhiran kepada jenayah lain seperti rompak dan rogol
Bagi sebab yang kedua, penjenayah melakukan pembunuhan untuk melepaskan diri setelah berlaku pergelutan dengan mangsa. Pembunuhan juga dilakukan untuk menghilangkan bukti bagi mengelakkan diri penjenayah tertangkap. Dengan kematian mangsa penjenayah tidak dapat dicamkan secara pasti jika tiada orang lain menyaksikan kejadian pembunuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan