Dewasa ini kita sering diwar-warkan melalui media massa tentang kes ugutan, pembunuhan dan kes jenayah yg lain ; tidak kiralah melalui media cetak mahupun media elektronik.
Apabila berbicara tentang soal keselamatan, adalah perlu kita menjaga keselamatan diri sendiri, keluarga dan termasuklah orang-orang yang berada di sekeliling sebagai seorang ahli masyarakat yang prihatin.
Berikut adalah TIPS keselamatan dan peringatan dalam menatangani kejadian yg tidak diingin dari berlaku ;-
~> Ketika menggunakan mesin ATM, peka pada keadaan sekeliling dan perhatikan jika
ada kelibat orang-orang yg mencurigakan.
~> Jika anda perasan ada seseorang yang sedang menunggu dan memerhatikan dari luar
kawasan mesin ATM, elakkan / jauhi dari menggunakan perkhidmatan di situ.
Tinggalkan kawasan itu dan laporkan kepada pihak polis dengan segera kerana
tindakan anda itu dapat membantu orang lain daripada menjadi mangsa.
~> Berjalan di dalam kawasan yang bercahaya.
~> Elakkan dari berjalan seorang diri.
~> Elakkan dari 'merayau-rayau' / menggunakan kawasan yg telah disenarai-hitamkan.
~> Bawa hanya barangan yg diperlukan di dalam dompet / tas tangan.
~> Elakkan dari membawa barangan yg bernilai / jumlah wang yang banyak.
~> Elakkan dari menggunakan jalan pintas menerusi lorong / jalan yg gelap / kawasan
yang tidak berpenghuni.
~> Sekiranya anda berjalan kaki, berjalanlah di tepi jalan raya dengan cara menentang
arus lalu lintas.
~> Senantiasa berfikiran ke hadapan. Contoh : Ketika anda di dalam perjalanan pada
waktu malam, sediakan kunci pada tangan anda untuk memasuki rumah / kereta.
~> Kunci pintu dengan kadar segera setelah anda memasuki kenderaan.
~> Gunakan wisel untuk mendapatkan perhatian sekiranya berlaku hal kecemasan.
~> Gunakan 'pepper spray' apabila diperlukan.
~> Nasihat yang dicadangkan adalah agar anda bekerjasama apabila berhadapan dengan
penjenayah kerana dengan cara ini dapat mengurangkan risiko untuk mendapat
kecederaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan