Khamis, 3 September 2009

Tips Kebakaran

1.  Rancangan Pelan Menyelamat Diri
     i.  Lukiskan pelan lantai rumah anda. Tunjukkan 2 laluan keluar selamat. Bincang
         dengan isi keluarga
     ii. Lakukan rancangan dan  dan bincangkan seisi keluarga di luar rumah

2.  Sentiasa Bersedia
     i.   Tunjukkan semua isi rumah, bunyi alat penggera asap
     ii.  Pastikan semua isi rumah mengetahui nombor telefon kecemasan 994 ( Lakukan
          dari rumah jiran )
     iii. Tunjukkan semua isi rumah cara membuka tingkap dan jeriji
      iv. Pastikan semua jalan keluar bebas daripada halangan

3.  Pasang dan selenggarakan alat pengesan asap
     i.    Pasang alat pengesan asap di rumah terutama dalam bilik tidur dan dapur
     ii.   Selenggara dan uji setiap bulan dengan membuat pembersihan
     iii.  Gantikan bateri pada setiap tahun atau jika perlu
      iv. Gantikan alat setiap 10 tahun

4.  Kekerapan latihan
     i.    Berlatihlah setiap dua kali setahun Rancangan Pelan Menyelamat Diri. Lakukan
           dengan sebaik mungkin seperti kejadian sebenar.
     ii.   Jika tinggal di Apartment / Rumah Pangsa / Rumah Bertingkat
           a.  Apabila  terdengar loceng kecemasan, sila bertindak
           b.  Ketahui laluan keluar yang selamat
           c.  Gunakan tangga untuk menyelmat diri
           d.  Jalan keluar yang dikunci atau dihalang, mestilah dilaporklan kepada 
                Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
           e.  Sentiasa patuh kepada arahan pengungsian
           f.   Pihak pengurusan bertanggungjawab menampal rajah laluan selamat 
                di setiap tingkat bangunan.
           g,  Pastikan telefon bimbit sentiasa dibawa.
           h.  Jika terperangkap, tutup semua laluan kemasukan asap dengan kain basah
                dan beri isyarat kepada umum, lokasi anda
           i.   Anda dinasihatkan tidak untuk naik ke bumbung bangunan ' kecuali ' perlu.

5.  Tip-Tip menyelamatkan diri
     i.   Tutup semua pintu laluan, untuk melambatkan kemerebakan kebakaran dan asap
     ii.  Jika terpaksa bergerak dalam asap pastikan kepala anda 2 kaki dari aras lantai.
     iii. Sebelum membuka pintu, rasa tombol atau daun pintu dengan belakang tangan,
          jika sejuk buka perlahan-lahan tetapi jika panas, gunakan pintu lain.

10 CARA MENCEGAH KEBAKARAN

1. Keselamatan Di dapur
    Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan 
    dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dlama keadaan yang letih atau
    mengantuk

2.  Ruang alat pemanas
     Letakakan alat pemanas pada jarak 3 kaki atau satu meter daripada sebarang
     sebarang benda yang mudah terbakar.

3.  Perkakas Merokok
     Pastikan bekas abu rokkok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas
     tersebut sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur.
  
4.  Mancis dan Pemetik Api
     Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat
      supaya dapat dielak daripada kanak-kanak

5.  Eelektrik
     Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan
     letirk yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas

6.  Lilin
     Semasa menggunakan lilin pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar
     dan daripada tiupan angin


    LENGKAPKAN RUMAH ANDA DENGAN ALAT PENGESAN ASAP

7.  Alat Pengesan Asap
     Setiap rumah hendaklah dipasang sekurang-kurangnya satu unit alat pengesan
     asap.Keutamaan di ruang dapur disarankan, untuk memastikan keselamatan 
     keluarga dan amatlah baik disyorkan agar disetiap bilik dipasang alat tersebut

8.  Sentiasa Membuat Pemeriksaan
     Periksa alat tersebut setiap bulan. Gantikan bateri setiap tahun sekali. Apabila alat
     pengesan ini berbunyi menandakan bateri sudah lemah dan perlu ditukar dengan
      segera. Tukarkan alat tersebut setiap 10 tahun sekali. Dapatkan yang mudah alih.

     TAHUKAN ANDA CARA MENYELAMAT DIRI JIKA BERLAKU KEBAKARAN ?

9.   Perancangan untuk melepaskan diri
     Pastikan setiap rumah mempunyai satu lakaran untuk melepaskan diri dari sebarang
     kebakaran, dengan itu sesiapa yang berada di dalam rumah mengetahui bagaimana
     hendak menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran.

10. Merangkak di dalam asap
     Cara yang betul menyelamatkan diri daripada asap yang tebal, pertama cuba
     merangkak ke lantai dengan menggunakan kedua-dua tangan, siku dan lutut. 
     Kedua, pastikan kepala anda 30-60 cm ( kurang daripada2 kaki ) dari aras lantai.

MENCEGAH KEBAKARAN DI RUMAH

1. Mencegah kebakaran di dapur
    Mencegah kanak-kanak dalam jarak 3 kaki atausatu meter dari kawasan dapur
    memasak. Jauhkan jugabinatang peliharaan anda sejauh yang mungkin.

    Mengurangkan risiko kebakaran daripada terkena baju dengan memakai pakaian
    yang sesuai aatau berlengan pendek atau gulungkan baju yang berlengan panjang
    semasa memasak.

    Halakan pemegang peruik  ke dalam dengan ini anda tidak terkena pemegang periuk
    dan kanak-kanak tidak dapat mencapainya.

    Matikan api dapur dan pembakar anda apabila tidak menggunakannya. Jangan
    tinggalkan senduk atau perkakas dapur di dalam periuk semasa memasak.

    Letakakansarung tangan memasak dan pemegang periuk berhampirab 
    ( tetapi bukan di atas ) dapur.

    Perhatian : 
    Menggunakansarung tangan yang basah boleh mengurangkan risiko kebakaran

    
    Minyak dan air :  Jangan campakkan makanan sejuk atau basah ke dalam minyak
    panas ( dalam kuali menggoreng ) tindakan yang kasar akan menyebabkan minyak
     terpercik.

    Stim lebih panas daripada air yang dimasak. Buka penutup masakan yang berair
    dengan berhati-hati untuk mencegah daripada melecur.

    Semasa kuali dipanaskan, letakkan penutup kuali yang digunakan bersebelahan
    dapur. Jika kuali yang dimasak disambar api, alihkan penutupnya kemudian 
    padamkan api. Tinggalkan penutup ditempatnya sehingga kuali sejuk.

    Jangan bawa kuali yang sedang terbakar itu ke singki

    Jangan curahkan air pada api yang berminyak.

    Jangan gunakan alat pemadam api untuk semburan pada makanan

2.  Air panas
     Betulkan suhu alat pemanas air kepada 120  Fahrenheit ( 49 C ) atau kurang

     Buka penyejuk dahulu baru masukkan yang panas
  
3.  Keselamatan Kanak-kanak
    
Kawal kanak-kanak semasa mereka memasak  atau apabila mereka berhampiran
    dengan dapur kayu, kawasan terbakar, gril berbeku dan kawasan panas.

     Cabut palam seterika dan alihkan selepas digunakan.
   
     Pasangkan pelindung keselamatan dan gantikan semua wayar penyambung yang
      rosak.

     Ajarlah kanak-kanak bahawa alat-alat seperti pembakar roti, seterika dan peralatan
     rumah yang lain kadang-kadang boleh menjadi panas.

     Jauhkan mancis dan pemetik api daripada dicapai oleh kanak-kanak, simpan 
     di tempat yang tinggi dan kuncikan di dalam kabinet.

     Ingat ; Berhenti, Baring dan Berguling
    
Jika pakaian anda terkena api, berhenti di mana anda berada. Jangan lari sebaliknya
     baring di atas lantai/tanah. Tutup muka andadengan kedua-dua belah tangan dan
     berguling-guling sehingga api padam, kemudian mminta pertolonngan.

4.  Kebakaran tubuh
    
Kebakaran tubuh boleh dianggap kecacatan kepada tisu badan. Belajarlah 
     mengenali dan bagaimana cara mengubatinya.

     Kebakaran darjah pertama adalah terbakar sedikit dan mudah diubati.

     Kebakaran darjah kedua adalah luka yang teruk ( serius ). Ini memerlukan alat-alat
     keselamatan yang rawatan profesional. Kesan-kesannya adalah kulit mengelembung
     sangat sakit dan pedih.

     Kebakaran darjah ketiga adalah luka yang parah dan memerlukan rawatan yang
     profesional dengan segera. Kesan-kesannya adalah kulit terkoyak, warna keputihan
     dan coklat, tisu yang rosak dikelilingi melecur sedikit dan tidak sakit pada mulanya.

5.  Rawatan untuk melecur
    
Sejukkan tempat yang  terbakar. Untuk kebakaran darjah pertama dan kedua,
     sejukkan kawasan yang terbakar dengan air dalam masa 10 -15 minit. Ini akan
     menurunkan suhu kulit mangsa dan membehentikan proses pembakaran. Kesakitan
     akan terasa kebas dan mengurangkan bengkak. Jangan gunakan ais.

     Sejukkankebakarandarjah ketiga hanya dengan basahkan pakaian dengan steril
     sementara menunggu pamedik datang.

     Tanggalkan baju yang terbakar ,baringkan mangsa mendatar dan tanggalkan pakaian
     di mana kawasan yang tidak melekat pada kulit mangsa.

     Tanggalkan barang kemas dan ikat dengan kuat kawasan terbakar sebelum kaedaan
     bengkak timbul

     Menutupi kawasan terbakar, Selepas proses penyejukan kebakaran' darjah pertama
     dan darjah kedua, bersihkan dan keringkan kawasan yang terbakar.

      Jangan gunakanmentega atau apa-apa minyak ( termasuk barangan perubatan atas
      kulit melecur ). Ini akan menyebabkabn lkawasan melecur menjadi lebih teruk.

      Pendedahan kawasan yang melecur. Kumanberjangkit akan hinggap pada luka yang
      terbuka. Tutupkannya.

      Rawatan renjatan, Pastikan suhu badan mangsa normal untuk mengurangkan risiko
      terkejut. Tutup kawasan-kawasan yang tidak terbakar dengan kain selimut yang
      kering.

    APABILA KECEMASAN HUBUNGI 994


MENCEGAH KEBAKARAN DI DAPUR

1. Keselamatan kebakaran di dapur
    i.    Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.
    ii.   Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat
          pembakar seperti ketuhar.
    iii.  Elakkan memasak jika mengantuk, pening aatau setelah mengambil ubat-ubatan
          yang boleh menyebabkan mengantuk

2.  Kebersihan  dapur
     i.    Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resipi dan bahan-bahan
           mudah terbakar berhampiranatau di atas ruangan aktiviti memasak.
     ii.   Pastika rak dapur sentiasa bersih.Kotoran daripada bahan masakan yang
           berminyak boleh disambar api.
     iii.  Elakkan sebarang bahanmudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih
           berdekatan dengan dapur memasak.

Tip Keselamatan Ketika Berlaku Kebakaran

Tip Keselamatan Ketika Berlaku Kebakaran




Tips-tips bagi menggelakkan kebakaran dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

Apabila Berlaku Kebakaran Patuhilah Langkah-langkah Berikut:

  1. Jangan panik. Bunyikanlah penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah. Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.
  2. Hubungilah balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi rumah anda.
  3. Sementara menanti ketibaan anggota-anggota bomba, cubalah padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.

Petua Untuk Menyelamatkan Diri Daripada Kebakaran
Jalan Keluar



Api, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah menegnal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebarakan.

Bincangkan Pelan Menyelamatkan Diri dengan Keluarga



Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.

Cuba Elakkan Penggunaan Jeriji



Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.

Jalan Keluar Tidah Dihalang



Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.



Anak Kunci Mudah Diambil



Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.



Memasang Alat Pengesan Asap



Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi isyarat bermulanya kebakaran. .


Tiada ulasan: