Kenderaan persendirian memberikan anda kebebasan dan keselamatan untuk bergerak ke mana-mana. Walau bagaimanapun jenayah juga sering berlaku terhadap individu yang mempunyai kenderaan persendirian. Persediaan keselamatannya terletak di tangan anda sendiri.
Langkah-langkah berikut cuba membantu anda mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan kenderaan persendirian secara selamat.
Kenderaan
Pasang alat pencegah kecurian pada kenderaan anda. Alat penggera keselamatan dapat menyedarkan anda bahawa kenderaan anda dipecah masuk selain menakutkan pencuri untuk memecah masuk kenderaan anda. Selain tu ia biasanya dilengkapi dengan butang kunci kawalan jauh yang membolehkan anda mengunci kenderaan anda daripada jarak tertentu jika anda terlupa berbuat demikian ketika meninggalkan kenderaan tanpa perlu pergi ke kenderaan. Butang kunci kawalan jauh juga memudahkan anda masuk cepat ke dalam kenderaan sebelum sempat penjenayah mengambil peluang. Pengunci stereng merupakan alat tambahan untuk memastikan keselamatan kenderaan anda. Jika penjenayah berjaya memecah masuk kenderaan anda, mereka terpaksa mengambil masa membuka kunci stereng untuk melarikan kenderaan anda. Pengunci gear menyebabkan gear tidak dapat digerakkan. Oleh sebab gear tidak dapat digerakkan, kenderaan juga tidak boleh bergerak dan menggagalkan usaha pencuri kenderaan. Walaupun alat-alat ini dipasang pada kenderaan anda, ia tidak dapat menghalang pencuri melarikan kenderaan jika anda tidak menggunakannya.
Tampalkan stiker penggera yang bermutu tinggi pada kenderaan anda. Jika anda tidak mampu untuk mendapatkan sistem penggera yang bermutu tinggi, dapatkanlah stikernya. Cara ini adalah untuk menimbulkan keraguan kepada penjenayah untuk memecah masuk kenderaan anda. Ia tidak menjamin kenderaan anda akan selamat tetapi mengurangkan risiko terutama kepada penjenayah amatur.
Ukirkan nombor pendaftaran kenderaan pada cermin kenderaan (sandblasting). Ukiran pada cermin kereta sukar dihilangkan kecuali cermin digantikan dengan yang baru. Jika ia dikikis kesannya masih juga terlihat. Cara ini memudahkan pihak polis mengesan kenderaan curi walaupun nombor pendaftaran kenderaan telah ditukar dengan nombor palsu.
Pastikan kunci kenderaan anda tidak ditiru semasa menyerahkan kenderaan anda untuk penyelenggaraan, dipinjam atau sebagainya. Semasa melakukan servis penyelenggaraan, tunggulah kenderaan anda jika mengambil masa yang sebentar sahaja. Adalah lebih baik jika anda menggunakan khidmat mekanik yang benar-benar anda percayai sahaja dan tidak bertukar-tukar mekanik kerana jika kenderaan anda dicuri anda dapat mengecilkan skop suspek dan memudahkan tugas polis. Begitu juga dengan servis lain seperti membasuh kereta. Jika anda memberi pinjam kenderaan anda kepada rakan atau keluarga, pastikan anda benar-benar mempercayainya. Jangan serahkan kunci kepada “Jockey” kereta di hotel.
Persediaan
Pastikan nombor telefon khidmat bantuan berada dalam telefon bimbit anda. Anda akan memerlukannya pada waktu kecemasan seperti kenderaan rosak dan sebagainya. Anda tidak perlu menghafalnya atau tercari-cari di mana anda meletakkannya apabila nombor tersebut telah disimpan di dalam telefon bimbit anda.
Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat secara keseluruhan sebelum memulakan perjalanan. Periksa dengan teliti setiap bahagian kenderaan anda. Jika anda mendengar bunyi-bunyi yang meragukan, pergilah ke bengkel dan minta mekanik memeriksanya.
Barangan penting di dalam kenderaan:-
Ø Telefon bimbit
Ø Selimut
Ø Lampu suluh
Ø Peti pertolongan cemas
Ø Pemadam api
Ø Set ringkas perkakas baikpulih:-
ü Playar
ü Spanar
ü Pemutar skru
ü Jek/penjungkit
ü Kabel bateri
ü Tayar tambahan
ü Pembuka skru tayar
Pastikan membawa tayar simpanan dan alatan penukar tayar. Pastikan membawa setin penampal tayar (tyre sealer). Ada kemungkinan tayar yang bocor lebih daripada satu ketika dalam perjalanan sedangkan kenderaan anda hanya boleh memuatkan satu tayar ganti sahaja. Penampal tayar dapat mengatasi masalah ini untuk beberapa ketika sehingga anda berjumpa bengkel tayar untuk menukar atau menampal tayar yang bocor. Pastikan anda sentiasa membawa barangan keselamatan.
Isi minyak apabila minyak di tangki tinggal suku (¼). Cara ini adalah untuk mengelakkan anda daripada kehabisan minyak sebelum berjumpa stesyen minyak dalam perjalanan seterusnya.
Pemanduan
Pastikan anda berasa selesa dan selamat untuk memandu sebelum memulakan perjalanan. Pastikan posisi cermin pandang sisi dan cermin pandang belakang berada di tempat yang sesuai dan selesa untuk anda menggunakannya. Selaraskan tempat duduk anda dengan bentuk tubuh anda untuk mendapatkan keselesaan ketika memandu. Pakai talipinggang keselamatan dengan kemas dan betul. Ia dapat mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan.
Kunci semua pintu dan tutup semua tingkap ketika memandu. Sebaik sahaja anda masuk ke dalam kereta, pastikan semua pintu dan tingkap tertutup dan berkunci. Ini untuk menghindarkan sesuatu masuk ke dalam kenderaan anda secara tiba-tiba dan menjejaskan pemanduan anda. Ia juga untuk mengelakkan orang yang tidak dikenali menyerbu masuk secara tiba-tiba terutama ketika anda berhenti di lampu isyarat atau memperlahankan kenderaan. Apabila penjenayah berjaya menyerbu masuk ke dalam kenderaan, keselamatan anda akan terancam. Ketika kesesakan lalu lintas, jika tingkap tidak ditutup ia memberi peluang kepada penjenayah bermotosikal yang berhenti di sebelah kenderaan anda untuk meragut atau mengugut anda. Pasang kunci automatik jika kereta anda tidak mempunyai jenis kunci tersebut.
Beri tumpuan sepenuhnya kepada pemanduan. Berhentilah di tepi jalan untuk membaca peta. Jangan membaca peta ketika memandu kerana ia menjejaskan tumpuan pemanduan anda. Jangan bergurau ketika memandu. Jangan cuba menjawab panggilan telefon bimbit.Berhentilah untuk menjawab atau membuat panggilan menerusi telefon bimbit. Pastikan kanak-kanak berdisiplin dan tidak memandu pemanduan. Pastikan anda tidak memangku kanak-kanak ketika memandu. Perhatian terhadap kanak-kanak ketika memandu boleh menjejaskan kewaspadaan anda terhadap pemanduan dan menyebabkan kemalangan.
Menjangka masalah-masalah yang akan dihadapi dan berhati-hati dengannya. Elakkan kemalangan dengan memandu berhati-hati. Waspada dengan keadaan sekeliling. Perhatikan gerakan orang dan kenderaan lain. Perlahankan kelajuan apabila berhampiran dengan simpang. Keadaan simpang yang agak terlindung dan pandangan terhalang menyebabkan kemalangan boleh berlaku secara tiba-tiba. Perlahankan kelajuan apabila terdapat kanak-kanak atau orang tua berhampiran jalan raya. Tahap pertimbangan kanak-kanak adalah di bawah tahap matang. Kanak-kanak mungkin akan tiba-tiba melintas tanpa menoleh kiri dan kanan terlebih dahulu. Kadang kala kanak-kanak bermain-main di tepi jalan raya. Orang tua pula mempunyai reaksi yang lambat untuk bergerak menyebabkan pertimbangan akal mereka tidak selaras lagi dengan pergerakan mereka. Orang tua juga mungkin menghadapi masalah penglihatan atau pendengaran disebabkan usia mereka yang menyebabkan mereka tidak dapat mengagak dengan tepat pergerakan lalu lintas.
Berhati-hati dengan kenderaan lain yang berhampiran dengan kenderaan anda ketika kesesakan lalu lintas. Penjenayah boleh menggunakan kesesakan lalu lintas untuk melakukan jenayah terutamanya penjenayah bermotosikal. Berwaspadalah dengan memandang cermin pandang sisi dan belakang untuk memerhatikan keadaan sekeliling ketika kesesakan lalu lintas. Cara ini juga untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
Bunyikan hon kenderaan sekiranya mengesyaki atau berlaku sesuatu yang buruk. Ia akan menarik pandangan orang ramai ke arah anda. Pandangan tersebut berupaya membantutkan tindakan penjenayah yang cuba melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap anda.
Periksa menerusi cermin pandang belakang apabila berhenti atau memperlahan kenderaan. Pastikan tiada kenderaan lain mengekori anda. Jika ada kenderaan yang dicurigai mengekori anda, pandulah kenderaan anda ke balai polis dan hanya beredar daripada balai polis ketika anda benar-benar pasti kenderaan tersebut tidak mengekori anda lagi. Pemerhatian melalui cermin pandang belakang juga dapat mengelakkan anda memberhentikan atau memperlahan kenderaan secara tiba-tiba yang mengakibatkan anda dilanggar daripada belakang.
Jangan memandu terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan. Ia mengelakkan anda melanggar kenderaan di hadapan jika kenderaan itu menekan brek secara mengejut atau menukar lorong secara tiba-tiba.
Jika kenderaan di belakang terlalu hampir, benarkan ia memotong anda. Ia mengelakkan anda dilanggar sekiranya anda terpaksa berhenti atau memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba. Selain itu lampu kenderaan di belakang yang terlalu hampir oleh menyebabkan anda silau dan hilang kewaspadaan memandu.
Jangan menukar lorong secara tiba-tiba,berikan isyarat terlebih dahulu. Jangan gopoh apabila memotong,berikan isyarat sebelum dan selepas memotong. Jangan memotong seara tiba-tiba. Mungkin kenderaan di belakang anda cuba memotong terlebih dahulu dan ini boleh menghalang pandangannya dan menyebabkan kemalangan.
Jika letih, berhentilah untuk berehat dan tidur sebentar. Kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu yang letih. Pemandu yang letih tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pemanduan. Lebih buruk lagi apabila keletihan menyebabkan pemandu tertidur ketika memandu. Untuk perjalanan jauh, saling berganti memandu dengan rakan anda. Pemanduan yang terlalu lama akan menyebabkan keletihan. Saling berganti memandu memberi peluang kepada pemandu yang letih untuk berehat dan tidur sebentar. Dengan cara ini dapat menjimatkan masa perjalanan.
Bersabar atas kemarahan orang lain dan tunjukkan tanda minta maaf.
Jangan menumpangkan orang yang tidak dikenali.
Parkir
Perhati keadaan sekeliling sebelum memakir kenderaan. Berwaspada dengan kemungkinan penjenayah berada di situ. Pastikan kenderaan di lokasi yang selamat. Jika anda memberhentikan kereta untuk membeli makanan, mengisi petrol atau ke tandas, letak kenderaan anda di lokasi yang tidak sunyi dan mudah diperhatikan. Sebaik sahaja sampai ke tempat parkir, buat imbasan secara keseluruhan terhadap tempat tersebut. Perhatikan kelakuan orang ramai sama ada yang menuju kembali ke kenderaan atau yang selesai memarkir dan meninggalkan kenderaan. Curiga pada individu yang berada di laluan yang tidak sepatutnya.
Parkir kenderaan berjauhan daripada kenderaan besar. Penjenayah mungkin bersembunyi di sebalik kenderaan besar sebelum menerpa anda secara mengejut. Kenderaan besar memberikan persembunyian yang baik untuk penjenayah mengintai anda. Kenderaan seperti lori, trak dan van menyediakan halangan pandangan untuk penjenayah bersembunyi. Jauhkan kenderaan anda daripada kenderaan seperti itu.
Parkir kenderaan berhampiran laluan orang ramai. Pilih tempat letak kenderaan yang tidak sunyi dan kerap dilalui oleh orang ramai. Secara tidak langsung ia membantu anda sama ada ketika sedang memarkir kenderaan atau kembali ke kenderaan. Sebaik-baiknya parkirlah kenderaan di laluan masuk ke destinasi anda. ia memudahkan anda untuk mengecam kenderaan anda dan keluar daripada tempat parkir tersebut dengan cepat.
Parkir kenderaan di tempat yang terang dan terjaga oleh penjaga. Situasi seperti ini lebih selamat untuk mengelakkan jenayah memecah kenderaan kerana pandangan awam dapat menghalang jenayah. Jika ada pilihan, parkir kenderaan ditempat yang mempunyai banyak jaminan keselamatan seperti pengawal keselamatan, telefon, kamera litar tertutup (CCTV) dan interkom. Walaupun anda sampai pada waktu siang dan merancang untuk kembali ke kenderaan sebelum malam tetapi pelbagai kemungkinan boleh berlaku yang menyebabkan anda terlewat sehingga hari menjelang malam. Jadi pilihlah tempat di kawasan yang berlampu.
Jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan ketika memakir. Memudahkan anda keluar daripada tempat parkir ketika dikejar penjenayah.
Simpan barangan berharga di tempat yang tersembunyi. Jangan menarik perhatian penjenayah dengan barangan berharga yang terdapat di dalam kereta. Sebaiknya adalah membawa barangan berharga bersama anda sentiasa, tetapi jika ia membebankan sembunyikannya daripada menarik perhatian penjenayah. Jangan biarkan barang berharga anda terdedah di atas tempat duduk. Letakkan dompet, beg tangan, beg bimbit, komputer riba dan lain-lain arang di lantai kereta di bawah tempat duduk atau sembunyikannya dengan ditutup kot, baju sejuk atau akhbar.
Angkat barang sebelum meletakkan kenderaan. Jika anda membawa barang atau beg bimbit yang berharga, sebaik-baiknya bawa masuk ke dalam bangunan dengan diiringi oleh pengawal keselamatan sebelum anda meletakkan kenderaan di tempat parkir
Selepas meletakkan kenderaan, tunggu beberapa ketika sebelum mematikan enjin. Lihat di kawasan sekeliling dan perhatikan sama ada terdapat orang yang mencurigakan . Jika anda berasa selamat dan selesa barulah mematikan enjin kenderaan.
Perhatikan kenderaan yang berpenghuni. Biasanya orang tidak akan duduk di dalam kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir. Kenderaan yang ada pemandu di dalamnya sama ada baru memarkir atau hendak keluar meninggalkan parkir. Mereka yang hanya duduk di dalam kenderaan dan memerhatikan pergerakan orang lain berpotensi melakukan jenayah terhadap anda.
Pastikan kenderaan berkunci dan jangan tinggalkan kunci di kenderaan. Penjenayah akan cuba memecah kenderaan anda. Dengan kunci yang berada di dalam kenderaan, lebih mudah bagi penjenayah melarikan kenderaan anda. Jangan tinggalkan kenderaan tanpa berkunci walaupun anda meninggalkannya sebentar sahaja. Pastikan anda mengambil kunci kenderaan dan jenguk seketika ke dalam kenderaan sebelum masuk semula untuk memastikan penjenayah tidak mencerobohinya. Jika anda mengesan kenderaan dicerobohi, buat laporan polis segera.
Apabila keluar daripada kenderaan terus berjalan. Sebaik sahaja keluar daripada kenderaan kunci pintu atau tekan butang penggera dan bergerak pantas ke destinasi anda. Jangan berlengah-lengah kerana ia memberi peluang kepada penjenayah memerhatikan gerak geri anda.
Jangan tinggalkan tanda tempat anda meletakkan kenderaan. Perhatian dan tatapan sepenuhnya pada kenderaan anda hanya akan memberi peluang kepada penjenayah untuk membuat rancangan jenayah kerana dia mengetahui destinasi anda.
Pusingkan roda ke samping ketika memakir untuk mengelakkan kenderaan ditunda pencuri.
Di tempat parker bertiket, bawa tiket anda bersama.jangan tinggalkan tiket di dalam kereta. Jika kenderaan anda dipecah masuk dan dilarikan, penjaga tiket boleh menahan kenderaan anda daripada keluar daripada tempat parkir kerana tiket tidak dibayar. Sebaliknya jika tiket di dalam kereta dan dijumpai penjenayah, ia akan digunakan untuk keluar.
Ketika menuju kembali ke kereta pastikan tidak ada kenderaan lain menghalang laluan anda untuk keluar. Kenderaan ini boleh menjadi tempat persembunyian penjenayah sebelum menyerbu anda. Ada kemungkinan kenderaan seperti ini sengaja diletakkan demikian oleh penjenyah untuk memerangkap anda.
Kembali ke tempat selamat jika diekori. Setelah selesai urusan anda dan ingin kembali ke kenderaan tetapi terasa di diekori oleh orang yang tidak dikenali atau orang yang membahayakan diri anda, jangan teruskan langkah anda ke kenderaan sebaliknya berjalan menuju ke tempat yang difikirkan selamat seperti pondok polis atau tempat kawalan keselamatan.
Jauhkan diri daripada kenderaan lain. Apabila berjalan meninggalkan atau menuju ke arah kenderaan anda, pastikan anda berada di tengah-tengah laluan memandu iaitu jauh daripada kenderaan lain yang diparkir kerana mungkin ia menjadi tempat persembunyian penjenayah yang menunggu untuk menyerbu anda.
Pastikan anda sudah memegang kunci ketika menghampiri kenderaan. Ketika menghampiri kenderaan bersedia dengan meletakkan kunci kenderaan anda pada jari telunjuk. Setelah membuka pintu, masuk cepat ke dalam kenderaan, tutup pintu dan kunci dengan segera. Jangan beri peluang dan masa kepada penjenayah mengugut dan merampas kenderaan anda. Jangan menekan butang penggera kenderaan anda daripada jauh kerana memberi peluang kepada penjenayah untuk menyusup masuk ke dalam kenderaan anda sebelum anda tiba.
Perhatikan dalam dan bawah kenderaan anda. Sebaik sahaja membuka pintu kenderaan anda atau setelah menekan butang penggera, perhatikan dalam kenderaan kerana mungkin ada penjenayah yang bersembunyi di depan atau belakang tempat duduk kenderaan. Imbas di bawah kenderaan untuk memastikan tiada penjenayah bersembunyi di situ.
Tarik perhatian ramai jika dihampiri orang yang dicurigai. Jika anda mengesyaki yang anda diekori penjenayah, cuba tarik perhatian ramai dengan membunyikan hon berulang kali, menyalakan lampu kecemasan, menjerit atau sebagainya yang membolehkan orang ramai membantu anda atau membantutkan niat penjenayah terhadap anda.
Rosak
Utamakan keselamatan diri lebih daripada keselamatan kenderaan.
Letakkan kenderaan rosak jauh di sebelah kiri jalan. Cara ini dapat mengelakkan kenderaan anda daripada dilanggar oleh kenderaan lain yang terbabas ke tepi disebabkan oleh pemandu yang mabuk, mengantuk, hilang tumpuan atau hilang kawalan. Ia juga dapat mengelakkan anda daripada cedera akibat objek keras yang dilontar oleh pengguna jalan raya yang lain.
Nyalakan lampu amaran dan biarkan ia menyala sebelum bantuan sampai. Letakkan penanda keselamatan dalam jarak 10 meter dari kenderaan rosak. Ia memberitahu pemandu lain bahawa kenderaan anda rosak dan memerlukan bantuan. Ini akan menyedarkan mereka untuk berhati-hati dan mengelak daripada melanggar anda.
Hubungi bantuan dengan segera sekiranya kenderaan anda rosak. Simpan nombor hubungan bantuan di dalam telefon bimbit anda. Jika anda berada di Lebuhraya PLUS, hubungi talian PLUSLine 1800880000 untuk mendapatkan bantuan. Begitu juga jika anda berada di lebuhraya yang lain, simpan nombor talian bantuan yang disediakan oleh pihak pengurusan lebuhraya. Jika anda melalui Jalan Persekutuan atau jalan raya yang lain, simpanlah nombor bantuan yang berdekatan yang boleh anda dapatkan seperti nombor telefon trak penunda atau nombor telefon mekanik. Jika anda tidak mempunyai telefon bimbit dan berada di lebuhraya, gunakanlah kotak panggilan keselamatan yang terdapat di sepanjang lebuhraya.
Jangan menumpang orang yang tidak dikenali. Elakkan menerima pelawaan untuk menumpangkan anda mencari bantuan daripada orang yang tidak dikenali dan meragukan. Penjenayah tahu yang anda berkemungkinan besar menerima pertolongan sebegini dalam keadaan cemas. Keadaan seperti ini merupakan peluang keemasan bagi penjenayah untuk memperdaya mangsa atas nama bantuan yang diberikan. Jika anda kehabisan minyak dan didatangi orang lain yang cuba memberi pertolongan, mintalah pertolongannya untuk membelikan minyak untuk anda. Jangan menumpang kenderaan mereka untuk ke membeli minyak. Jika tayar kenderaan anda pancit dan anda mempunyai tayar gantian tetapi tidak tahu menukarnya, atau enjin kenderaan anda ditimpa masalah, bantuan orang asing boleh diterima tetapi anda hendaklah sentiasa berwaspada dan bersedia untuk bertindak jika mengesan jenayah ingin dilakukan olehnya.
Jangan duduk di dalam kenderaan rosak. Anda berisiko tinggi menjadi mangsa kemalangan akibat dilanggar kenderaan yang hilang kawalan pemanduan tanpa anda menyedari kedatangan kenderaan tersebut. Sembunyikan diri anda sebelum bantuan sampai.
Jangan tinggalkan kenderaan anda tanpa pengawasan. Penjenayah akan cuba memecah masuk kenderaan yang ditinggalkan tanpa pengawasan untuk mengambil barang di dalamnya atau melarikan kenderaan tersebut.
Sekiranya keadaan selamat,dan anda bersama keluarga atau bantuan akan tiba dalam masa terdekat atau keadaan cuaca yang buruk, duduklah di dalam kereta sehingga bantuan tiba. Kunci semua pintu dan tutup semua tingkap. Jangan buka sehingga bantuan yang dihubungi sampai. Pastikan ia benar-benar bantuan yang dihubungi sebelum membuka pintu kenderaan.
Kecemasan
Sekiranya dilanggar dari belakang, berhentikan kereta di tempat yang selamat. Sekiranya dilanggar daripada belakang, cari tempat yang terang dan ramai orang untuk berhenti, tetapi jangan keluar. Ini mengelakkan anda daripada diserang oleh pembuli jalanraya.Melanggar daripada belakang juga merupakan salah satu cara yang digunakan oleh penjenayah untuk mengugut dan merampas kenderaan anda. Anda perlu brhati-hati. Pastikan semua pintu dan tingkap berkunci. Biarkan pemandu berkenaan menemui anda dan buka tingkap hanya sekadar untuk bercakap dengannya. Bersedia dengan gear satu untuk terus memandu sekiranya terdesak. Ingat nombor pendaftaran kenderaan yang berlanggar dengan kenderaan anda.
Ketika membuat laporan kepada pihak polis maklumat tersebut penting. Pihak polis akan mencari kenderaan tersebut berdasarkan laporan anda. Maklumat ini juga penting sekiranya ada tindakan mahkamah yang diambil.
Serahkan kenderaan anda apabila berlaku rampasan dan ambil anak anda. Nyawa anda dan keluarga lebih penting daripada harta. Jangan memudaratkan diri anda. Kenderaan yang dirampas boleh dikesan oleh pihak polis tetapi nyawa yang dirampas tidak mungkin dipulangkan kembali.
Camkan muka pencuri atau perampas dan terperanjatkannya supaya dia melarikan diri.
Sekiranya ternampak kemalangan, atau kerosakan kenderaan lain, jangan berhenti berdekatan. Sebaliknya cari tempat yang selamat dan hubungi bantuan dengan telefon bimbit. Ada kemungkinan ia adalah taktik penjenayah untuk memerangkap anda bagi tujuan merompak atau merampas kenderaan anda
Panduan Kepada Pengguna Jalan Raya
1. Faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya adalah disebabkan kegagalan pengguna jalan raya mengikuti dan mematuhi kehendak peraturan lalulintas. Kemalangan ini bukan sahaja melibatkan kecederaan tetapi menyebabkan kehilangan banyak nyawa dan kerosakan harta benda.
2. Semua pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya tidak mengambil alkohol ketika memandu di jalan raya. Penggunaan alkohol sebenarnya boleh melemahkan daya pertimbangan akal dan mengurangkan kewaspadaan ketika memandu. Statistik kemalangan yang berpunca daripada pengaruh alkohol menunjukkan pada kadar yang sangat tinggi.
3. Sikap positif perlu diterap dalam jiwa kita sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, pemandu kenderaan besar perlu menghormati pemandu-pemandu kenderaan yang lebih kecil. Begitu juga apabila melihat orang-orang buta atau hilang upaya melintasi jalan, pemandu atau pejalan kaki perlu memberi bantuan yang sewajarnya. Bagi pemandu kenderaan adalah perlu memberhentikan kenderaan masing-masing sehingga orang yang hilang upaya tersebut dapat melintasi jalan. Bagi pejalan kaki pula adalah wajar bagi mereka menghampiri orang-orang yang hilang upaya tadi dan membantunya untuk menyeberangi jalan.
Pemandu Kenderaan
Sikap Dan Tanggungjawab Pemandu
1. Pelbagai faktor dikenalpasti bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Salah satu faktor terpenting adalah berkaitan dengan sikap pemandu-pemandu. Kemalangan mudah berlaku kepada pemandu-pemandu yang mempunyai sikap negatif seperti panas baran, suka menunjuk-nunjuk, memandu dengan kadar kelajuan yang tinggi dan sebagainya. Sebaliknya pemandu-pemandu yang memiliki sikap positif seperti bertimbangrasa, cermat dan sentiasa menghormati pengguna-pengguna jalan raya lain mungkin dapat mengelakkan kemalangan.
2. Dengan memandu secara bersopan dan bertanggungjawab sebenarnya secara tidak langsung menjadi contoh dan teladan kepada pengguna-pengguna jalan raya lain seterusnya dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya,
3. Penunggang-penunggang motosikal perlu bersopan dan bertimbangrasa kepada semua pengguna jalan raya lain terutamanya kepada penunggang basikal dan pejalan kaki. Mereka perlu mengawal perasaan ketika memandu dan mematuhi segala peraturan lalulintas. Mereka ini juga tidak perlu mudah tersinggung dengan tingkahlaku pengguna jalan raya yang lain sehingga mempengaruhi di dalam proses membuat keputusan dan tindakan ketika memandu.
4. Sikap pemandu-pemandu yang tidak sopan bukan sahaja dilihat daripada cara memandu seperti memandu terlalu laju dan memotong ke tepi dan ke tengah tanpa menghiraukan kenderaan lain tetapi juga dapat dilihat melalui tindakan lain seperti berikut:
- Gagal memberikan isyarat dengan sempurna;
- Membunyikan hon kereta tanpa sebab;
- Meletak kereta di liku atau terkeluar jauh dari tepi jalan;
- Memandu dengan sebelah tangan, sementara tangan lain memegang tepi bumbung kereta;
- Memandu di tengah jalan apabila kenderaan lain hendak memotong; dan
- Memandu di tempat lumpur dan becak dengan laju dan menyebabkan air terpercik kepada pejalan kaki.
5. Beberapa perbuatan tidak sopan dan tindakan kurang bijak yang membawa bahaya dan boleh dikatakan tindakan yang merbahaya. Misalnya:
- Memandu laju apabila penglihatan kurang baik seperti semasa hujan lebat;
- Memotong di liku atau Iereng bukit yang berliku dan tidak dapat dilihat dengan mudah;
- Dengan sengaja ini mengganggu pandangan lalulintas dari hadapan dengan memasang lampu besar kenderaan; dan
- Menambahkan kelajuan supaya kenderaan-kenderaan lain tidak boleh memotong.
6. Selain daripada perbuatan-perbuatan di atas, terdapat beberapa perkara atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan ketika memandu iaitu:
- Merokok
- Makan atau minum
- Menggunakan (membuat atau menerima panggilan) telefon bimbit.
- Meludah, membuang objek atau sampah keluar dari kenderaan.
7. Setiap kenderaan yang dipandu hendaklah sentiasa memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari arah yang bertentangan di lorong sebelah kanan.
8. Setiap pemandu kenderaan hendaklah memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari arah kanan di mana-mana bulatan. Pemandu juga hendaklah memberi laluan kepada kenderaan yang sedang berada di dalam bulatan sebelum kenderaan tersebut membelok untuk mengambil lorong. Tindakan-tindakan di atas tidak perlu dilakukan sekiranya bulatan tersebut dikawal oleh polis atau lampu isyarat automatik,
9, Ramai pemandu yang menimbulkan kesulitan apabila memasuki lorong yang salah di persimpangan jalan. Pemandu sepatutnya menggunakan lorong yang betul berpandukan petunjuk yang terdapat di jalan raya.
10. Bagi persimpangan jalan yang mempunyai tiga (3) lorong, lorong tepi (sebelah kiri) hendaklah hanya digunakan oleh kenderaan yang hendak membelok ke kiri. Lorong tengah digunakan oleh kenderaan yang bergerak lurus. Manakala lorong luar (sebelah kanan) digunakan oleh kenderaan yang hendak membelok ke kanan sahaja.
11, Manakala bagi jalan yang mempunyai dua (2) lorong pula, lorong tepi sebelah kiri hendakiah digunakan oleh kenderaan yang hendak membeiok ke kiri dan kenderaan yang hendak bergerak lurus. Manakala lorong sebelah kanan hanya digunakan oleh kenderaan yang hendak membelok ke kanan sahaja. Jika hendak membelok ke kiri atau ke kanan, masuklah ke lorong yang betul sebelum sampai di persimpangan.
12. Semua pengguna jalan raya hendaklah mengetahui dan memahami isyarat yang ditunjukkan oleh polis supaya pergerakan lalulintas berjalan dengan lancar.
13. Ketika hendak membelok, kenderaan perlu diperlahankan dan beri isyarat yang betul terutamanya jika ada kenderaan-kenderaan lain di belakang atau di hadapan. Beri isyarat dalam masa yang mencukupi dan meneruskannya dalam masa sekurang-kurangnya 3 saat bagi membolehkan orang lain memahami apa yang kita hendak buat seterusnya. Isyarat tangan diberikan bukan sahaja untuk memberikan panduan kepada kenderaan yang mengekori dari belakang tetapi juga bagi kenderaan arah hadapan, yang menunggu di tepi jalan dan juga pejalan kaki. Pada waktu siang isyarat tangan adalah lebih senang dilihat dan difahami. Jangan sesekali membenarkan penumpang kenderaan memberikan isyarat tangan. Kanak-kanak juga harus diawasi supaya mereka tidak mengeluarkan tangan atau mengayunkan mainan keluar tingkap. Tindakan mereka boleh menyebabkan salah faham dan dianggap sebagai memberikan isyarat.
14. Apabila melihat lampu isyarat merah, pandulah kenderaan dengan perlahan dan berhenti di garisan tanpa mengatasi garisan melintas pejalan kaki. Kenderaan hanya boleh digerakkan apabila lampu menunjukkan hijau dan selamat untuk meneruskan perjalanan.
15. Apabila menghampiri tempat melintas pejalan kaki, kurangkan kelajuan untuk membolehkan kenderaan dapat berhenti dengan baik apabila sampai di tempat berkenaan.
16. Sekiranya hendak memotong kenderaan di hadapan, memotonglah dari sebelah kanan. Walau bagaimanapun memotong kenderaan dari sebelah kiri dibolehkan jika pemandu kenderaan itu memberikan isyarat hendak rnembelok ke kanan atau apabila kenderaan berbaris-baris bergerak perlahan sebelah-menyebelah ketika masa sibuk.
17, Bagi mengurangkan risiko kemalangan, memotong kenderaan perlulah di jalan yang lurus dan bukannya di jalan-jalan yang berbonggol, liku-liku ataupun di tempat yang menghalang pandangan. Apabila terdapat sebuah kenderaan mengekori dalam jarak yang terlalu dekat dan ada pula hendak memotong kenderaan di hadapan, berilah isyarat tangan sebagai menunjukkan niat kita dan begitulah juga jika hendak membelok ke kanan. Ini memudahkan pemandu yang mengekori supaya ia tidak memotong.
18. Garisan kembar yang tidak putus adalah untuk memisahkan laluan kenderaan yang datang dari arah yang berlainan. Tidak dibenarkan memotong atau melintas garisan itu
19. Ketika memandu di jalan raya yang terdapat garisan tidak putus dan juga garisan yang putus-putus, kenderaan dari kiri garisan berpanjangan adalah dilarang memotong atau melintas garisan yang putus-putus, tetapi kenderaan dari arah berlainan boleh memotong jika selamat.
20. Adalah dilarang untuk meletakkan kenderaan di atas bahagian jalan yang mempunyai dua garisan sama ada berpanjangan atau putus-putus.
21. Ketika memandu adalah tidak digalakkan untuk menukar dari lorong ke lorong kecuali telah yakin keadaan selamat untuk berbuat demikian dan telah memberikan isyarat secukupnya,
22. Pemandu-pemandu kenderaan hendaklah mengekori kenderaan di hadapan dengan jarak yang selamat. Amalkan peraturan mengekori yang selamat iaitu peraturan jarak 2 saat dan 4 saat.
23. Pemandu-pemandu kenderaan hendaklah mengikuti had laju yang telah ditetapkan dan juga dilarang memandu perlahan di lorong memotong. Memandu perlahan di lorong memotong akan mengganggu perjalanan lalulintas.
24. Seorang pemandu yang baik akan dapat mengimbangi kelajuan kenderaan mengikut keadaan jalan. Pengurangan kelajuan adalah untuk menyesuaikannya dengan keadaan jalan supaya kenderaan boleh berhenti dengan baik ketika berlaku kecemasan tanpa terbabas atau hilang kawalan.
25. Kelajuan kenderaan hendaklah dikurangkan apabila ia memasuki kawasan pembangunan, menghampiri sekolah atau menghampiri bas yang sedang menurunkan kanak-kanak di selekoh yang sempit, menghampiri kanak-kanak yang sedang bermain, menghampiri liku atau sebarang tempat yang menghalang pandangan.
26. Apabila dihampiri sebarang kenderaan kecemasan seperti Polis, Bomba atau Ambulan bersiren atau loceng, pemandu hendaklah rapat ke sebelah kiri atau kanan jalan dan berhenti (sekiranya perlu) bagi memberikan laluan kepada kenderaan tersebut.
27. Sebelum memandu pada waktu malam pastikan lampu belakang menyala dan kedua-dua lampu besar hadapan berfungsi. Apabila memandu dan menghampiri kenderaan lain rendahkan lampu besar hadapan. Jikalau ada kenderaan berhadapan tidak merendahkan lampunya, jangan mudah bertindak balas dengan meninggikan lampu sepenuhnya semata-mata hendak mengaburkan pandangannya. Sentiasa pastikan lampu kenderaan rendah dan kurangkan kelajuan, himpit ke tepi dan berhenti jika perlu sehingga boleh melihat semua dengan terang di hadapan.
28. Apabila memandu di belakang kenderaan lain hendaklah sentiasa memastikan lampu hadapan kenderaan rendah. Ini akan menolong pemandu di hadapan mengurangkan silauan dari cermin padang belakangnya atau dari sebarang permukaan dan membalikkan cahaya ke dalam kenderaannya.
29. Sebenarnya pada waktu malam jarak yang membolehkan untuk melihat sesuatu halangan yang tidak diduga di jalan yang tidak berlampu adalah sangat terhad. Sekiranya memandu dengan laju, ini bermakna anda dalam keadaan yang berbahaya.
30. Cahaya dari kenderaan yang datang dari arah hadapan boleh mengurangkan pertimbangan jarak pandangan dan juga penglihatan yang kurang jelas.
31. Memandu dalam keadaan penat atau mengantuk adalah dilarang. Apabila merasa penat atau mengantuk, hendaklah berhenti rehat atau tidur secukupnya. Secara umumnya setiap pemandu perlu berehat setiap dua jam memandu. Tidur sekadar perlu sekiranya rasa mengantuk yang keterlaluan.
32. Apabila memandu kenderaan, pemandu-pemandu hendaklah sentiasa melihat cermin pandang belakang di samping mematuhi had laju yang ditetapkan dan memandu dengan berhati-hati di kawasan yang ramai penduduk seperti di pekan-pekan. Selain itu ia juga perlu memerhatikan dan mematuhi tanda-tanda isyarat lalulintas serta mengawasi tindakan pemanduan di sepanjang perjalanan.
33. Sekiranya memandu di bahagian jalan yang sempit serta menuruni bukit dan bertembung dengan kenderaan lain yang menaiki bukit, hendaklah berhenti dan memberi laluan kepada kenderaan yang menaiki bukit tersebut.
34. Apabila menghampiri lintasan keretapi yang tidak dikawal, pemandu kenderaan hendaklah rnemperlahankan kenderaan dan pastikan keadaan selamat sebelum melintas.
35. Pemandu-pemandu kenderaan hendaklah sentiasa berhati-hati/berwaspada terhadap binatang yong berkeliaran di jalan raya. Apabila terlihat binatang ternakan yang dipandu oleh pengembala, hendaklah memberi laluan yang sewajarnya.
36. Pemandu-pemandu kenderaan seharusnya tidak membunyikan hon kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu iaitu ketika hendak memotong dengan bertujuan untuk memberitahu niat anda atau di kawasan jalan raya yang pandangan hadapannya terhalang seperti selekoh, jalan berbukit dan sebagainya.
37. Semasa memandu kenderaan berat, kita hendaklah sedar bahawa kenderaan yang kita pandu, sentiasa menghalang kenderaan lain dan menyukarkannya untuk memotong. Oleh itu sentiasalah melihat cermin pandang belakang dan memberi isyarat serta merta untuk memaklumkan kenderaan yang sedang mengekori bahawa keadaan selamat untuk memotong.
38. Jangan meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan seperti berhampiran dengan paip bomba atau di pintu hadapan masuk ke rumah orang, Selain daripada itu, pemandu-pemandu kenderaan dilarang meletakkan kenderaan di atas jalan berhampiran dengan liku, simpang jalan atau di lereng bukit yang boleh melindungi pejalan kaki ketika melintas.
39. Apabila hendak memberhentikan kenderaan, perlulah berhati-hati dan berwaspada. Pastikan tiada kenderaan lain mengekori di belakang ketika membuka pintu. Jika gagal berbuat demikian, mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.
40. Apabila meletak kenderaan di tempat yang curam, brek tangan hendaklah digunakan, masukkan gear dan pusingkan roda hadapan menghala ke bahu jalan.
41. Jangan tinggalkan kenderaan di jalan raya yang gelap tanpa memasang lampu. Jika lampu gagal berfungsi ubahlah kenderaan dari kawasan jalan secepat mungkin atau perolehi lampu kecemasan untuk menandakan kedudukan kenderaan.
42. Berikan isyarat yang cukup dan tentukan keadaan selamat sebelum bergerak keluar dari tempat letak kereta ke laluan lalulintas.
43. Sebelum mengundurkan kenderaan, sila pastikan tidak ada kanak-kanak, binatang atau kenderaan yang menghampiri anda dari belakang. Kenderaan hendaklah diundur secara perlahan-lahan.
44. Sekiranya terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kenderaan atau kerosakan, pemandu kenderaan perlulah berhenti dan menolong orang yang cedera. Di samping itu laporkan kemalangan ini di balai polis terdekat secepat mungkin dalam tempoh 24 jam dari masa kejadian.
45. Ketika memandu, sentiasalah menumpukan perhatian kepada jalan di hadapan, kecuali apabila melihat cermin pandang belakang. Jangan pusing kepala semata-mata untuk bercakap dengan penumpang-penumpang atau memasang api rokok. Kanak-kanak perlu diberitahu supaya tidak menghalang pandangan pemandu dan ibu bapa patut melatih mereka supaya tidak berbuat demikian. Dengan menumpukan perhatian kepada jalan di hadapan, pemandu boleh menganggarkan kemungkinan berlakunya kemalangan dalam situasi tertentu dan cara-cara bagaimana mengelakkannya daripada berlaku.
46. Lihatlah cermin pandang belakang, kenderaan di hadapan dan juga kenderaan di hadapan kenderaan yang mengekori. Berjaga-jagalah dengan pergerakan kenderaan di hadapan khususnya apabila menghampiri sekolah-sekolah, panggung wayang, simpang jalan dan sebagainya.
47. Sentiasa menjaga kenderaan supaya sentiasa dalam keadaan baik di jalan raya. Banyak kemalangan yang berlaku akibat kerosakan mekanikal yang boleh dielakkan jika pemandu sentiasa mengambil perhatian kepada perkara-perkara yang berikut:
a. Tayar
Tekanan angin tayar sentiasa cukup. Tayar yang botak hendaklah diganti baru. Ingatlah, tayar yang botak boleh menyebabkan kenderaan terbabas apabila membrek dengan kuat dalam masa kecemasan sama ada jalan itu basah atau kering.
b. Brek
Brek hendaklah diperiksa selalu, khususnya brek hidraulik sebab sedikit kebocoran minyak akan mengakibatkan sesuatu yang serius berlaku.
Ingatlah bahawa apabila memandu pada kelajuan 50kmj dalam keadaan brek yang baik ia akan mengambil hampir 22.8 meter untuk pemberhentian kecemasan di jalan yang baik. Jika sekiranya brek dalam keadaan tidak baik, ia boleh melungsur lebih jauh ke hadapan sebelum berhenti yang boleh mengakibatkan suatu yang serius jika kanak-kanak berlari di hadapan kenderaan dan sebagainya.
c. Stereng
Pada hakikatnya adalah penting supaya stereng sentiasa diperiksa supaya ia berada dalam keadaan yang baik.
d. Lampu
Periksa semua lampu termasuk lampu brek dan lampu isyarat bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik.
e. Alat-alat Penunjuk Arah
Pemeriksaan hendaklah sentiasa dibuat bagi memastikan alat penunjuk arah seperti lampu berada dalam keadaan baik dan berfungsi.
Langkah-Langkah Mencegah Berlakunya Kemalangan
Ada empat (4) langkah penting untuk mencegah berlakunya kemalangan dan seseorang pemandu berhemat hendaklah
i) Mengenalpasti - apa-apa benda/perkara yang boleh menyebabkan seseorang terlibat dalam kemalangan.
ii) Menganalisa - Bagaimana semua benda-benda tersebut boleh memberi kesan kepada pemandu semasa memandu.
iii) Membuat Keputusan - Apakah keputusan terbaik dan paling selamat dibuat semasa memandu.
iv) Bertindak - Semua perkara-perkara mengenalpasti, menganalisa, membuat keputusan tidak cukup untuk digunakan jika keupayaan seseorang pemandu tidak cukup untuk mengendalikan kenderaan daripada terselamat dari bahaya.
Merancang Perjalanan
Sebelum memulakan perjalanan seseorang pemandu hendaklah merancang perjalanan. Perjalanan yang dirancang dengan betul boleh melahirkan perjalanan yang sempurna dan menyeronokkan.
Perkara-perkara yang perlu dirancang
- Masa perjalanan
- Keadaan mental dan fizikal
- Keadaan Kenderaan 'Pre Driving Check'
- Tempat berhenti rehat
- Barang keperluan untuk perjalanan
Pemandu Sempurna
Apabila seseorang pemandu mempunyai cukup pengetahuan, kemahiran dan bersikap positif serta merancang perjalanan, ia akan menjadi seorang pemandu yang sempurna 'perfect driver'. Pemandu sempurna tidak akan terlibat di dalam melakukan perkara-perkara berikut:
i Kemalangan
ii. Melakukan kesalahan lalulintas
iii. Menyalahgunakan kenderaan
iv. Melewatkan Jadual Perjalanan
v. Menghilangkan sifat kesopanan
Keadaan
Beberapa faktor keadaan yang menyebabkan kita terlibat dalam kemalangan. Walau bagaimanapun pemandu yang berhemat perlu rnengenalpasti keadaan-keadaan tersebut sebelum memandu. Langkah ini penting untuk mengelakkan kemalangan. Ada enam keadaan yang dikenalpasti boleh menyebabkan kemalangan jika pemandu tidak berhati-hati.
Pemandu
i. Merupakan faktor terpenting dan utama yang menyebabkan kemalangan kerana apabila memandu di dalam keadaan fizikal yang letih, fikiran dan emosi yang tertekan boleh menyebabkan kemalangan.
ii. Pastikan kesihatan mental dan fizikal baik. Contoh pemandu yang letih mengantuk, marah, bimbang atau cemas tidak sepatutnya memandu.
iii. Jangan memandu selepas minum-minuman keras atau di bawah pengaruh dadah. Dilarang memandu jika mempunyai 80 milligram alkohol setiap 100 mililiter kandungan darah,
iv. Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca atau jalan yang berubah.
v. Jangan menggunakan ubat yang tidak mendapat kelulusan doktor, mesti mendapatkan nasihat doktor jika menghadapi masalah kesihatan.
vi. Gunakan peraturan 2 saat apabila mengekori kenderaan lain.
vii. Jangan memotong di kawasan larangan. Selalu kerling cermin pandang belakang.
viii. Sentiasa sabar dan bertimbangrasa.
ix. Sentiasa patuh kepada tanda/isyarat jalan raya.
Jalan
- Jalan dibuat supaya kenderaan dapat bergerak dengan selamat dan selesa, tetapi keadaan jalan tidak terus berkeadaan baik pada setiap masa. Jalan akan rosak akibat kesan daripada hujan, panas, minyak yang tumpah dan sebagainya.
- Kelajuan memandu mesti mengikut keadaan jalan,
- Kurangkan kelajuan semasa hujan dan jalan licin.
- Memandu laju di permukaan jalan raya yang berair menyebabkan kawalan stereng, tayar dan brek tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Proses di mana tayar tidak mencecah permukaan jalan raya disebabkan terdapat lapisan air di bawahnya dikenali dengan 'hydro planning'.
Kenderaan
- Kenderaan adalah kesinambungan kepada pemandu kerana kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik boleh menyebabkan kemalangan,
- Brek, lampu, lampu brek dan lampu isyarat (signal) dan hon mesti sentiasa berfungsi dengan baik.
- Tayar dan pengelap cermin hendaklah dipastikan masih baik dan berfungsi.
- Pastikan talipinggang keledar boleh digunakan dan dipasang semasa memandu.
- Uji brek, lampu isyarat dan sesuaikan diri dengan keadaan kenderaan sebelum memandu.
Cuaca
- Hujan yang lebat dan kabus tebal boleh menyebabkan pandangan menjadi kurang jelas.
- Hujan yang terlalu lebat diikuti dengan angin kencang kadangkala menghalang kita untuk terus memandu.
- Cermin kereta menjadi kurang jelas untuk kita melihat keluar.
- Jalan akan menjadi lebih licin.
Cahaya
- Halangan yang mungkin terdapat sama ada cahaya berlebihan atau tidak mencukupi seperti pemandu menghadap matahari, silauan embun pagi, cahaya lampu dari arah hadapan.
- Mata akan kembali pulih seperti biasa dari silauan dalam masa 7 saat dan jika pemandu memandu dengan kelajuan 70 km sejam jarak kereta tersebut akan bergerak ialah sejauh 140 meter. Oleh itu sesuaikan kadar kelajuan apabila menghadapi keadaan tersebut.
Lalulintas
Keadaan kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan kemalangan. Kekerapan kemalangan biasanya berlaku pada waktu yang sibuk seperti:
- Waktu pagi (7.00 pagi - 8.00 pagi)
- Waktu tengahari (12.00 tengahari - 1.00 petang)
- Waktu petang (4.00 petang - 5.00 petang)
Faktor tempat seperti kawasan berhampiran pusat membeli belah, kawasan kilang, kawasan sekolah, kawasan kompleks sukan dan lain-lain juga memungkinkan kemalangan berlaku.
Walau bagaimanapun enam keadaan halangan tersebut boleh diatasi atam dihadapi jika pemandu-pemandu memiliki ciri-ciri sebagai seorang pemandu yang berhemat.
Peraturan
Seseorang pemandu sentiasa perlu mematuhi beberapa peraturan yang telah ditetapkan semasa memandu di jalan raya. Peraturan sangat penting bagi memastikan kelancaran kenderaan di jalan raya seterusnya mengelakkan dari berlakunya kemalangan. Beberapa peraturan telah digariskan bagi tujuan tersebut, antaranya:
- Peraturan Jarak
- Peraturan Memotong
- Peraturan Mengelakkan Kemalangan Daripada Hadapan
- Peraturan di Persimpangan
Peraturan Jarak
Kenapakah Peraturan Jarak diperlukan? Seseorang pemandu memerlukan masa dan jarak yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan yang dipandu apabila kenderaan yang diekori di hadapan berhenti dengan tiba-tiba. Semakin laju kenderaan dipandu, semakin jauh jarak berhenti yang diperlukan.
Terdapat beberapa peraturan yang telah diakui boleh menjamin jarak yang selamat apabila mengekori kenderaan di hadapan. Peraturan-peraturan yang dimaksudkan ini adalah seperti berikut:
- Peraturan 2 saat
- Peraturan 4 saat
- Peraturan 12 saat
Bagaimana Kaedah ini digunakan
Tiga ciri penting yang perlu diketahui dan diambilkira sebelum peraturan-peraturan ini dipraktikkan:-
- Kelajuan kenderaan yang dipandu adalah lebih kurang sama dengan kelajuan kenderaan yang diekori.
- Satu tanda yang tidak bergerak di tepi jalan perlu dikenalpasti untuk dijadikan panduan, sebagai contoh tiang lampu/telefon, pokok, jambatan dan sebagainya yang kekal.
- Tidak perlu melihat kepada 'speed meter' untuk menentukan kelajuan.
Peraturan 2 saat
Apabila sebaik sahaja kenderaan yang diekori melintasi satu tanda yang telah dipilih sebelumnya seperti tiang telefon, maka perkiraan hendaklah dimulakan dengan mengira 'satu ribu satu, satu ribu dua'.
Sekiranya kenderaan yang dipandu tiba sebelum tiang telefon yang dijadikan pedoman tadi, maka jarak mengekori adalah dianggap selamat. Akan tetapi sekiranya kenderaan yang dipandu tiba sebelum perkiraan habis dibuat, maka jarak mengekori adalah dianggap tidak selamat. Tindakan memperlahankan kenderaan hendaklah dilakukan.
Jarak Selamat Mengekori Kenderaan
Peraturan 4 saat
Peraturan 4 saat boleh diamalkan pada mana-mana kelajuan apabila berada didalam keadaan-keadaan berikut:
- Kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat.
- Kenderaan di hadapan mengekori rapat dengan kenderaan di hadapannya,
- Semasa menarik,
- Keadaan cuaca yang buruk, jalan yang licin atau berpasir.
Pengunaan peraturan 4 saat ialah apabila kenderaan di hadapan atau di belakang mengekori terlalu rapat atau semasa menarik 'towing'. Kaedah mengira peraturan 4 saat akan memberikan jarak yang lebih bagi pemandu kenderaan dan lain-lain pemandu berhenti sekiranya berlaku kecemasan.
Semasa menarik, beban akan berlaku tambahan berat dan Peraturan 4 saat memberikan masa dan jarak untuk berhenti ke atas kombinasi berat kedua-dua kenderaan.
Peraturan 12 Saat
Penggunaan teknik yang sama ke atas peraturan 2 don 4 saat, pemandu-pemandu boleh terus mempelajari kemahiran pandangan imbas 12 saat atau 100 meter ke hadapan. Peraturan 12 saat membolehkan seseorang pemandu memerhati lalu lintas dari mana-mana arah di dalam masa yang sesuai untuk menyesuaikan kelajuan dan kedudukan kenderaan.
Setelah mahir dengan peraturan 2 dan 4 saat, pemandu-pemandu boleh teruskan pandangan ke arah 12 saat ke hadapan dan kira seribu satu, seribu dua, seribu tiga dan jika sampai ditanda kekal sebelum kiraan seribu dua belas itulah jarak yang selamat dan mesti jelas dilihat setiap masa ketika memandu dan jarak selamat yang diperlukan untuk memotong.
Peraturan Memotong
Seorang pemandu yang berhemat memerlukan kecekapan serta pandangan imbas yang wajar dan mestilah memahami dan mempelajari teknik-teknik memotong yang betul. Memotong adalah diperlukan dalam keadaan-keadaan yang berikut:-
- Apabila kenderaan di hadapan bergerak terlalu perlahan.
- Apabila kenderaan di hadapan menukar haluan.
- Apabila mengekori sesebuah kenderaan di hadapan yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan.
Terdapat 10 peraturan yang perlu diamalkan semasa memotong iaitu:-
i) Berada di belakang
Mengekori dalam jarak yang selamat dengan mengamalkan Peraturan 2 saat.
ii) Periksa di hadapan
Sentiasa mengamalkan Peraturan 12 saat pada setiap masa dengan membuat pandangan jauh ke hadapan. Adalah perlu diingatkan setiap kali memotong anda memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 saat untuk melepasi kenderaan yang dipotong.
iii) Periksa di belakang
Pastikan tidak ada kenderaan lain yang cuba memotong sebelum kita memotong. Ini boleh dilakukan dengan melihat cermin pandang belakang, cermin tepi dengan cara menoleh sedikit ke belakang.
iv) Memberi isyarat ke kanan
Memberi isyarat untuk bergerak ke kanan sekurang-kurangnya 3 saat. Pada masa yang sama Peraturan 12 saat terus diamalkan.
v) Bergerak ke kanan
Pastikan mempunyai ruangan yang cukup dan jarak yang selamat sebelum bergerak ke kanan. Adalah tidak digalakkan memotong motosikal di lorong yang sama.
vi) Melajukan kenderaan
Pada ketika ini, pemandu sudah berada di lorong memotong. Adalah dinasihatkan supaya mengawal dan memotong dengan berhati-hati. Pemandu juga adalah dikehendaki memotong dengan kelajuan yang dibenarkan dan mematuhi had laju yang telah ditetapkan.
vii) Komunikasi
Sebaik sahaja kenderaan melintas kawasan yang terlindung (blind spot) pemandu adalah dinasihatkan supaya membunyikan hon atau pun memberi isyarat dengan menggunakan lampu lintas (passing light) sebagai tanda berkomunikasi sedang memotong.
viii) Memberi isyarat ke kiri
Pemandu hendaklah sekali lagi memberi isyarat ke kiri sekurang kurangnya tiga saat. Pada masa yang sama juga hendaklah menggunakan jangkaan jarak yang selamat sebelum bergerak ke kiri.
ix) Bergerak ke kiri
Sebelum bergerak ke kiri, pastikan anda mempunyai ruangan yang cukup untuk berada di hadapan kenderaan yang dipotong. Kenderaan boleh bergerak ke kiri sebaik sahaja pemandu dapat melihat hadapan kenderaan yang dipotong melalui cermin pandang belakang. Kerlingan pantas (a quick glance) di sebelah bahu kiri harus dilakukan sebelum bergerak ke kiri,
x) Menyambung kelajuan
Tentukan pemandu berada di lorong yang betul dengan mengambil kira peraturan 2 saat bagi kenderaan di belakang dan peraturan 12 scat untuk pandangan ke hadapan,
Peraturan Mengelakkan Kemalangan Daripada Hadapan
Walaupun pemandu sentiasa mengamalkan peraturan 12 saat di sepanjang memandu, tetapi dalam keadaan yang tidak terduga pemandu akan menghadapi keadaan secara tiba-tiba muncul kenderaan menuju ke arah kenderaan yang sedang dipandu.
Apakah tindakan yang perlu dibuat? Seharusnya pemandu tidak perlu panik sekiranya sentiasa bersedia dan mengetahui 4 peraturan untuk mengelakkan kemalangan daripada hadapan.
Empat (4) peraturan yang perlu diamalkan ialah:
i) Melihat jalan di hadapan
Dengan mengamalkan Peraturan 12 saat, bererti pemandu bukan sahaja melihat di sekeliling dan di sepanjang jalan di hadapan, tetapi dalam masa yang sama juga dapat mengenal pasti tentang pergerakan dan kedudukan kenderaan yang datang daripada arah hadapan.
ii) Bertindak dengan bergerak ke kiri
Pastikan setiap pemandu sentiasa bergerak di atas jalan raya di lorong sebelah kiri. Dengan berbuat demikian pemandu seolah-olah memberi satu ruangan kepada kenderaan daripada hadapan yang mungkin memerlukan ruang pada ketika itu. Di samping itu juga pemandu dapat membuat pemerhatian yang lebih di kiri jalan dan boleh bertindak segera ke sebelah kiri dalam keadaan-keadaan yang mencemaskan.
iii) Mengurangkan kelajuan
Apabila seseorang pemandu melihat kenderaan daripada hadapan memasuki lorongnya, pemandu tersebut hendaklah terus mengurangkan kelajuan dan mengawal kenderaan. Pemandu juga adalah dinasihatkan supaya membunyikan hon atou menyalakan lampu sebagai amalan.
iv) Memandu keluar daripada jalan raya
Ini adalah merupakan satu langkah yang bijak untuk mengelakkan berlakunya kemalangan daripada hadapan, biar pun pernandu terpaksa berkorban sedikit demi kerana nyawa.
Peraturan Di Persimpangan
Kemalangan di persimpangan dapat dielakkan sekiranya setiap pengguna jalan raya mengetahui dan mengamalkan peraturan di persimpangan. Untuk menjadi seorang pemandu yang berhemat. setiap pemandu adalah di kehendaki mempelajari 4 peraturan di persimpangan.
i) Tahu arah
Sebelum tiba di simpang jalan, setiap pemandu hendaklah merancang dan menentukan arah perjalanannya. Pemandu dilarang menukar haluan secara tiba-tiba apabila sudah sampai di simpang jalan kerana amalan seperti ini akan mengganggu aliran lalulintas. Semua pemandu hendaklah mengamalkan peraturan-peraturan berikut seperti Peraturan 2 saat, Peraturan 4 saat, Peraturan 12 saat mengetahui peraturan untuk mengelakkan kemalangan daripada hadapan, mengetahui enam kedudukan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan dua buah kenderaan dan juga hendaklah sentiasa memikirkan tentang bahaya yang mungkin timbul di persimpangan.
ii) Perlahankan Kenderaan di Persimpangan
Pemandu adalah dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan apabila melintasi persimpangan meskipun pada waktu itu pemandu mempunyai 'right of way'. Peraturan-peraturan yang sama seperti di atas juga perlu diamalkan setiap kali melintasi persimpangan.
iii) Memperlihatkan hasrat melalui kedudukan dan isyarat
Sekali lagi pemandu perlu memperlihat dan menyakinkan pengguna jalanraya yang lain tentang hasratnya untuk bergerak dan menukarkan haluan melalui kedudukan dan isyarat kenderaan. Ini boleh dilakukan dengan memastikan pemandu berada di lorong yang betul dan isyarat lampu kenderaan di samping mengikut petunjuk arah panah dan lain-lain.
iv) Bergerak dengan berhati-hati
Pastikan keadaan di hadapan, kiri dan kanan selamat sebelum begerak. Di samping itu juga pemandu dinasihati supaya berhati-hati dan bersedia untuk berhenti dengan selamat sekiranya wujud keadaan yang tidak diduga.
Pemanduan Semasa Kecemasan
Semasa berada dalam keadaan kecemasan, pemandu dinasihatkan agar bertenang, Fikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah Berikut ada beberapa masalah sewaktu memandu dan cara-cara penyelesaiannya.
Brek Gagal Berfungsi
Seseorang pemandu menekan injak brek. Tetapi injak brek terus menyentuh lantai, pamkan injak brek dengan segera. Tindakan ini kemungkinan dapat memulihkan tekanan brek. Sekiranya tekanan gagal dipulihkon dan jalan raya selamat, berada dalam gear dan tarikkan brek tangan beransur-ansur. Kalau boleh, tukar kepada gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
Sekiranya brek gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam, atau di mana kenderaan itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel - semak di tepi jalan, rel adang, termasuk kereta-kereta yang diletakkan di tepi jalan, kepingan logam yang kemek boleh diperbaiki.
Guna hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan pejalan kaki. Mematikan suis pencucuhan boleh membantu tetapi ia amat merbahaya untuk kenderaan bersistem berautomatik dan stereng kuasa. Jangan kunci stereng,
Kenderaan Terbabas
Belokan yang mendadak, menukar lorong dengan tiba-tiba atau membrek dengan kasar boleh menyebabkan sesebuah kenderaan itu terbabas terutama di atas permukaan jalan yang basah.
Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pemecut dengan segera dan tekan cekam.
Pusingkan stereng mengikut arah bahagian belakang yang terbabas itu. Pemandu kenderaan berkenaan akan lega apabila kenderaan itu berjaya dikawal semula. Kemudian luruskan arah stereng. Jangan gunakan brek dalam usaha ini
Pemecut Terlekat
Jika keadaan jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat itu dengan hujung kasut anda, Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, matikan suis pencucuh dan brek untuk memberhentikan kenderaan. Mematikan suis pencucuh boleh menyebabkan sistem stereng kuasa dan brek kuasa gagal berfungsi. Kawalan stereng dan brek menjadi masalah. Pegang stereng dengan kuat. Berjaga-jaga supaya stereng tidak terkunci semasa suis pencucuh dimatikan.
Jika kenderaan perlu diberhentikan dengan segera atau keadaaan jalan raya tidak selamat, biarkan enjin berjalan dan tukar gear dalam keadaan neutral atau tekan cekam. Berhenti segera dan matikan enjin. Enjin yang dibiarkan berjalan boleh memudaratkan enjin itu sendiri, tetapi keadaan ini lebih baik daripada terlibat dengan kemalangan.
Tayar Pecah
Pegang stereng dengan erat. Jangan belok lebih untuk membetulkan arah stereng, Jika tayar belakang yang pecah, bahagian belakang kenderaan akan menjadi tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan Brek perlahan-lahan dan berhati-hati. Perbuatan membrek dengan tiba-tiba mungkin menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar untuk dikawal.
Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan ke kawasan yang rata dan selamat untuk menukar tayar, Jangan menukar tayar dalam kawasan merbahaya. Sentiasa nyalakan lampu isyarat kecemasan atau alat-alat amaran kecemasan yang lain.
Lampu Hadapan Kenderaan Terpadam
Jika kejadian ini berlaku ia menghadkan pandangan, amalkan tindakan memegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas. Beransur naik ke atas bahu jalan jauh dari aliran lalu lintas. Hentikan kenderaan segera sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Nyalakan lampu isyarat kecemasan supaya pengguna jalan raya yang lain tahu apa yang sedang berlaku. Digalakkan supaya menggunakan peralatan kecemasan yang lain seperti alat pemantul cahaya untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain.
Kenderaan Terbakar
Biasanya kebakaran pada kenderaan berlaku akibat litar pintas dalam sistem elektrik. Jangan membuang masa. Hentikan kenderaan dengan segera. Matikan sistem pencucuh clan keluarkan penumpang yang berada dalarn kenderaan itu. Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh. Wayarwayar mudah digantikan berbandingkan dengan nilai sebuah kenderaan, Gunakan alat pemadam api atau tahan kenderaan lain untuk mendapat bantuan.
Jika tiada alat pemadam api, cuba padamkan api itu dengan kain atau gebar yang tebal. Jangan dipegang wayar-wayar yang terbakar dengan tangan tanpa alas. Kebakaran berkaitan elektrik adalah serius. Sekiranya api tidak dapat dikawal, hendaklah tinggalkan kenderaan sebelum tangki minyaknya meletup.
Bonet Terbuka
Brek beransur-ansur, naik ke atas bahu jalan. Lihat melalui tingkap untuk panduan memandu. Sentiasa pastikan bahawa bonet ditutup rapat selepas kenderaan diservis.
Terpaksa Berhenti Di Atas Lebuhraya
Beri isyarat dan susur keluar ke tepi lebuhraya perlahan-lahan. Nyalakan lampu hadapan yang rendah di waktu senja, malam atau waktu hujan. Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
Jika kenderaan terhenti dalam arus lalu lintas di selekoh, di puncak bukit atau lain-lain lokasi yang boleh mendatangkan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu lintas. Jangan halang lampu belakang kenderaan dengan berdiri atau melakukan kerja-kerja lain di belakang kenderaan.
Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan daiam jarak 5 meter di belakang kenderaan. Angkatkan bonet dan dapatkan bantuan.
Menghadapi Sesuatu Kemalangan
Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelak kemalangan dari arah hadapan - di mana kemalangan yang paling dahsyat.
Brek sekuatnya, Had laju yang rendah mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri dan keluar dari jalan raya. Bunyikan hon, nyalakan lampu hadapan.
Jika kenderaan di hadapan masih menuju ke arah yang sama masuk ke dalam parit atau kawasan lapang di sebelah kiri. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana pemandu kenderaan itu mungkin tersedar dan melanggar kenderaan anda.
Kenderaan Terjunam ke dalam Air
Terjunam di dalam air adalah trajedi yang tidak dapat dijangka. Kejadian ini boleh menyebabkan panik, Ada beberapa tip yang telah dibuktikan melalui beberapa ujian. Sesebuah kenderaan dengan tingkap dan pintu tertutup akan melampung selama 3 hingga 10 minit. Cara yang baik untuk keluar ialah melalui tingkap.
Setengah pakar berpendapat supaya membuka tingkap segera dan keluarkan kanak-kanak dahulu. Mereka akan timbul di permukaan air, Ada juga yang berpendapat supaya membentuk satu rangkaian manusia dan keluar melalui tingkap kenderaan.
Adalah mustahak hanya seorang sahaja mengawal keadaan. Tingkap-tingkap dapat diturunkan dengan mudah, melainkan tingkap kuasa. Jadi turunkan tingkap-tingkap itu dengan segera. Pecahkan kaca tingkap dengan benda yang keras atau ditendang dengan kaki.
Adalah sukar untuk membuka pintu di bawah tekanan air. Baki udara biasanya terkumpul di dalam kenderaan. Jika kenderaan itu menjunam ke hadapan, udara akan terkumpul di bahagian belakang berhampiran bumbung, Tunggu sehingga tekanan menjadi seimbang. Kemudian buka pintu dan keluar segera.
Kaca Skrin Pecah
Perlahankan kenderaan, Jenguk melalui tingkop dan berhenti di tempat yang selamat. Kalau boleh rentangkan gebar atau kain alas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut,
Buatkan lubang pada kaca skrin, Pemandu kenderaan hendaklah melindungi mata dengan memakai kaca mata. Gantikan kaca skrin yang pecah dengan segera.
Enjin Kenderaan Tidak Boleh Dihidupkan Jika Bukan Akibat Kehabisan Minyak
- Jika kenderaan berautomatik, letakkan dalam neutral. Tolakkan tuil gear dari satu posisi ke satu
- posisi. Cara ini mungkin boleh membebaskan suis keselamatan.
- Padamkan radio, lampulampu don lain-lain punca elektrik untuk mengurankan saliran kuasa letrik dari bateri.
- Rehatkan bateri seketika
- Tekankan pemecut separuh untuk menyambarkan cok automatik
- Nyalakan pencucuh sehingga enjin dapat dihidupkan atau selama 5 hingga 10 saat. Jika enjin masih tidak boleh hidup, mungkin enjin telah dibasahi oleh petrol.
- Tunggu 2 hingga 3 minit. Tekan pemecut hingga mececah lantai dan biarkan dalam posisi itu. Hidupkan enjin. Jangan pamkan pencucuh, ia akan menyebabkan enjin terlalu basah dengan petrol Apabila enjin hidup biarkan sehingga 30 saat sebelum berjalan.
- Jika enjin masih tidak boleh dihidupkan, dapatkan bantuan mekanik.
Kerosakan Pada Kenderaan
Kerosakan mungkin disebabkan oleh:
i) Kehabisan Minyak
Periksa tolok minyak. Jika bacaannya "E" atau "Empty" isikan minyak.
ii) Pemanasan Lebih
Penunjuk suhu akan menyala. Berhenti segera dan matikan enjin. Angkat bonet supaya enjin dapat menyejuk, Jangan sentuh penutup penyinar. Setelah penyinar berhenti mengewap tunggu setengah jam lagi. Kemudian bukakan penutup dan tambah air. Periksa sistem penyejuk untuk mengesan talian putus atau saluran yang bocor.
Sistem penyejuk hendaklah diperiksa segera, termasuk jangka suhu dan penutup penyinar.
iii) Kerosakan Sistem Elektrik
Biasa berpunca daripada fius terbakar, pendawaian putus atau terminal bateri kotor. Jika kesemua sistem gagal dihidupkan, puncanya ialah pada bateri. Tanggalkan kabel bateri dan bersihkan terminal bateri,
iv) Bau Petrol Bermakna Enjin Dibanjiri Dengan Petrol
Tanggalkan penapis udara bukakan pencelak. Hidupkan enjin. Enjin akan menjadi kering dan dapat dihidupkan.
Palam pencucuh dan kebal-kebal serta litar pencucuh yang basah hendaklah dikeringkan dengan kain pengelap. Sistem pencucuh yang basah menyebabkan enjin sukar dihidupkan. Sekiranya sistem pembakaran tersumbat dengan kotoran, tanggalkan penapis udara. Kotoran boleh dibuang dengan meletakkan telapak tangan atas karburetor sambil seorang pembantu menghidupkan pencucuh.
v) Jika tali kipas putus, ikatkan stokin nylon atau tali yang sesuai sebagai gantian.
Menukar Tayar
Apabila tayar bocor dalam perjalanan, kawal stereng dan pandu keluar dari jalan raya. Jangan tekan brek.
Tarik brek tangan. Letakkan batu atau pengadang di bawah tayar pepenjuru dengan tayar yang bocor. Keluarkan bicu/jek, sepana dan tayar ganti.
Tanggalkan tudung tayar dengan pemutar skru. Longgarkan nat sebelum kenderaan dibicukan.
Letakkan bicu di atas permukaan tanah yang keras dan pamkan bicu sehingga tayar kenderaan dinaikkan ke paras 10 sm. Tanggalkan nat dan letakkan ke dalam tudung tayar supaya nat tidak kehilangan.
Tanggalkan tayar yang bocor itu dan pasangkan tayar ganti serta skru semula nat tetapi tidak ketat,
Turunkan kenderaan. Ketatkan semua nat dengan sepana dan pasang semula tudung tayar,
Amaran: Jangan masuk di bawah kenderaan yang sedang dibicukan.
Peralatan Kecemasan
- Alat-alat pemantul cahaya.
- Kotak ubat clan buku panduan
- Lampu suluh
- Alat pemadam api jenis kering
- Bicu dan sepana
- Kabel pelompan
- Tali untuk tunda
- Alat pemutar skru
- Sepana dalam pencucuh
- Pelbagai jenis sepana
- Playar
- Penyembur untuk menanggalkan kotoran
- Tali kipas kecemasan
- Satu bekas mengandungi air bersih
Memandu Di Lebuhraya
Memandu di lebuhraya adalah lebih mudah dan selesa. Walau bagaimanapun bagi pemandu yang tidak pernah menggunakan lebuhraya, mungkin akan mengalami satu pengalaman yang baru. Kemalangan yang berlaku di lebuhraya disebabkan sikap pemandu yang mengambil mudah semasa memandu di lebuhraya dengan memandu secara laju tanpa memikirkan soal keselamatan.
Pemandu haruslah bijak untuk bertindak pantas ketika kecemasan semasa memandu di lebuhraya. Misalnya terjadi pemandu panik dan mereka tidak pasti apa yang harus dibuat, walaupun mereka mempunyai pengalaman memandu bertahun-tahun. Apa yang penting adalah pemandu yang memandu di lebuhraya perlu mengubah anggapan bahawa lebuhraya bukanlah tempat untuk memandu dengan laju atau bertindak dengan sesuka hati, la lebih merupakan satu kemudahan bagi keselesaan pemandupemandu kenderaan.
Berikut beberapa garis panduan yang perlu diketahui sebelum dan semasa memandu:
Sebelum Memandu
1. Perkara asas yang perlu ialah pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik. Pemanduan di lebuhraya memerlukan kenderaan yang 'baik' di mana kenderaan tersebut perlu dijaga dan diservis mengikut jadual.
2. Tayar mestilah diisi dengan tekanan angin yang betul dan berada dalam keadaan baik. Untuk perjalanan yang jauh atau apabila muatan kenderaan penuh, gunakan tekanan tayar yang tinggi.
3. Pastikan pemandu selesa dengan tempat duduk dan juga dengan tali pinggang keledar. Elakkan cuba menyelaras membetulkan tempat duduk ketlka pemandu sedang memandu kerana ia boleh mengganggu tumpuan pemandu.
4. Jangan menggantung tuala atau pakaian pada pintu dengan usaha untuk mengelakkan cahaya. Ini akan menghadkan pandangan belakang dan tepi pemandu. Jika ingin mengelakkan cahaya matahari, gunakan skrin penahan cahaya yang dijual di kedai assesori kenderaan.
5. Berpakaian ringkas, selesa dan berkasut. Elakkan memakai selipar kerana ia mungkin tersekat antara brek atau pedal pemecut. Jika pemandu berasa lebih selesa tanpa memakai kasut, pilih sandal yang mengikat kukuh pergelangan kaki.
6. Jangan membawa terlalu ramai penumpang. (Maksima: 4 orang dewasa, termasuk pemandu atau 5 orang termasuk seorang kanak-kanak di dalam kereta) atau terlalu banyak barang-barang. Pemandu tidak akan selesa jika kereta yang di pandu terlalu berat.
7. Pastikan setiap orang termasuk kanak-kanak memakai tali pinggang keledar dan pintu telah dikunci dengan selamat. Gunakan kunci khas untuk kanak kanak jika ada kanak-kanak di dalam kereta.
8. Adalah dinasihatkan untuk membawa bersama-sama alat kelengkapan untuk menghadapi kecemasan seperti lampu suluh dan payung.
Semasa Memandu
1. Perhatikan had laju dan memandulah antara had yang dibenarkan. Had kelajuan maksima yang tertera di lebuhraya ialah 110 kmj dan tidak semestinya memandu dengan kelajuan yang maksima tersebut, adalah dinasihatkan mengikut kelajuan yang sesuai.
2. Sangat penting bagi pemandu untuk perhatikan semua tanda-tanda isyarat yang dipamerkan di lebuhraya yang menunjukkan perubahan had kelajuan yang sesuai,
3. Berhenti dan berehatlah di perhentian sebelah berikutnya. Tidak dibenarkan berhenti di lorong
4. kecemasan kecuali ketika kecemasan kerana tindakan ini merbahaya dan menyalahi undang-undang.
5. Perhatikan tanda isyarat lalulintas yang dipamerkan berhampiran hentian sebelah atau persimpangan. Perlahankan kenderaan semasa menghampiri hentian sebelah atau persimpangan kerana mungkin ada pemandu yang memperlahankan kenderaan untuk berhenti atau keluar dari lebuhraya pada persimpangan jalan.
6. Berhati-hati juga terhadap kereta yang keluar dari hentian sebelah atau kereta yang masuk ke lebuhraya dari persimpangan,
7. Lihat kepada pengukur suhu dan penunjuk yang lain untuk memeriksa suhu dan keadaan minyak enjin dan bateri.
8. Hendaklah sentiasa memandu di sebelah kiri (lorong di sebelah luar) lebuhraya. Lorong sebelah dalam hanya untuk memotong, Jangan jadi pemandu yang pentingkan diri sendiri.
9. Jika jalan mempunyai tiga lorong, lorong luar untuk memandu perlahan, lorong tengah untuk memandu laju dan memotong, manakala lorong sebelah dalam untuk memotong sahaja. Jangan terus memandu di lorong sebelah dalam.
10. Papan tanda juga menunjukkan jarak destinasi. Ini akan membantu pemandu membuat keputusan sama ada harus berhenti di hentian sebelah yang berikutnya untuk berehat, makan atau pergi ke tandas. Adalah tidak bijak untuk memandu berterusan melebihi dua (2) jam. Pemandangan yang sama sepanjang lebuhraya boleh menyebabkan menjadi bosan dan berasa mengantuk.
11. Gunakan lampu besar untuk memberi amaran kepada kereta hadapan supaya bergerak ke lorong luar jika kenderaan tersebut bergerak perlahan. Pemandu hendaklah bergerak ke lorong luar sekiranya terdapat kenderaan di belakang anda hendak ke lorong dalam. Kenderaan tersebut mungkin melampaui had kelajuan yang ditetapkan, tetapi janganlah melakukan sesuatu yang membahayakan seperti menghimpit kenderaan kepada pembahagi jalan.
12. Kadangkala terdapat pemandu yang menggunakan lorong dalam sehingga/walaupun telah banyak kereta memotongnya. Ini akan menyebabkan kereta berbaris di belakang don tidak boleh bergerak lancar sehingga kenderaan itu bergerak ke lorong perlahan,
13. Sentiasa nyalakan lampu isyarat sebelum memotong atau menukar lorong. Pemandu mungkin merasakan tindakan tersebut tidak perlu apabila tidak kelihatan kereta di belakang. Walau bagaimanapun, pemandu mestilah ingat bahawa pandangan belakang dan sisi terdapat kawasan yang tidak dapat dilihat yang tidak memungkinkan untuk anda melihat kenderaan.
14. Tetapkan jarak yang munasabah dari kereta hadapan. Gunakan peraturan 2 saat. Ini akan memberi masa yang cukup untuk bertindak jika kereta di hadapan berhenti tiba-tiba atau mengalami kerosakan.
15. Jangan sesekali memasang lampu 'hazard' semasa memandu. Pasangkan lampu besar dan lampu belakang jika hari hujan. Terdapat pemandu kenderaan mempunyai tanggapan yang salah terhadap penggunaan lampu 'hazard'. la hanya digunakan untuk memberi amaran kepada pemandu kenderaan yang lain dan seharusnya digunakan apabila kereta itu berhenti, terutama apabila berhenti di lorong kecemasan
16. Walau bagaimanapun, pemandu diingatkan bahawa lorong kecemasan hanya untuk keadaan kecemasan Berhenti di lorong kecemasan untuk menjawab atau membuat panggilan telefon adalah salah. Jika perlu menjawab panggilan penting, beritahu kepada rakan yang membuat panggilan tersebut bahawa anda akan menghubunginya apabila tiba di hentian sebelah yang terdekat
17. Berhati-hati terhadap kereta yang berhenti di lorong kecemasan, Ini kerana kadang-kadang pemandu kenderaan tersebut akan membuka pintu tanpa mempastikan kenderaan yang datang dari arah belakang. Berhati-hati juga terhadap pemandu motosikal yang berhenti di bawah jambatan ketika hari hujan.
18. Merancang perjalanan adalah penting jika tidak biasa memandu di lebuhraya, elakkan memandu pada waktu malam atau pada musim hujan.
19. Memandu pada waktu tengahari amat memenatkan Oleh itu, pastikan pemandu mempunyai rehat yang cukup sebelum memandu. Berehatlah di perhentian sebelah selepas dua jam perjalanan. Keluar daripada kereta dan lakukan sedikit senaman regangan, tarik nafas dan memandu semula apabila telah bersedia.
Memandu Pada Waktu Malam
Memandu pada waktu malam terutama untuk perjalanan yang jauh selalunya menjadi kecemasan/pilihan ramai pemandu Ini adalah kerana memandu pada waktu malam lebih tenang dan kurang penat berbanding memandu pada waktu siang hari yang biasanya sentiasa sibuk.
Namun begitu, tidak ramai pemandu mahu memandu pada waktu malam. Ini berkemungkinan sama ada disebabkan mempunyai penglihatan yang kurang jelas/kabur atau tidak yakin kepada keadaan yang gelap.
1. Jika pemandu menghadapi masalah penglihatan semasa memandu pada waktu malam, ini boleh diatasi dengan menggunakan cermin mata atau 'kanta pembetul'. Memang tidak dinafikan mempunyai penglihatan yang baik adalah sangat perlu untuk memandu dalam mana-mana keadaan sekalipun. Ini kerana ia merupakan satu aset penting untuk keselamatan semasa memandu.
2. Sekiranya pemandu tidak nampak disebabkan oleh silauan dari lampu kereta ini boleh diatasi dengan memakai kaca mata khas anti-silauan.
3. Jika pemandu risau atau tidak berkeyakinan memandu pada waktu malam, hendaklah mengatasinya sendiri. Pemandu harus berani dan cuba memandu pada malam hari dengan ditemani oleh rakan/kawan. Rakan yang menemani tersebut perlu mempunyai kemahiran dan pengalman memandu yang baik.
4. Lakukanlah selalu sehingga benar-benar yakin bahawa pemandu boleh memandu pada waktu malam.
5. Jika pemandu bimbang sekiranyo kereta dipandunya mengalami kerosakan pada waktu malam dan mungkin tiada bengkel untuk membaiki kereta pada masa tersebut, langkah yang terbaik untuk mengatasinya ialah mempastikan kereta/kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan sesuatu perjalanan.
6. Satu tindakan yang bijak ialah tidak memandu jika ada sesuatu yang tidak kena dengan kenderaan yang dipandu.
7. Sistem lampu yang baik sangat penting apabila memandu pada waktu malam. Lampu besar hendaklah berkeadaan baik dan diselaraskan dengan betul agar ia benar-benar berfungsi dengan baik.
8. Satu langkah yang baik, pemandu harus periksa semua lampu, termasuk lampu penunjuk dan 'lampu (hazard)' dengan meminta rakan memeriksa sekeliling kenderaan ketika pemandu menguji fungsi sesuatu lampu.
9. Anda harus ingat, lampu besar sebenarnya adalah 'mata' untuk memandu pada waktu malam dan cahaya yang lemah adalah seperti orang yang mempunyai penglihatan yang lemah/kabur. Keberkesanan fungsi lampu sangat merbahaya kepada orang lain.
10. Bagaimana dengan lampu ekor/belakang? la juga penting untuk pemandu kenderaan yang mengekori. Pastikan ia berfungsi supaya pemandu dari belakang dapat melihat kenderaan dengan jelas.
11. Kedua-dua lampu belakang/ekor seharusnya berfungsi dalam keadaan yang baik. Adalah sangat merbahaya, jika memandu dengan hanya satu lampu besar atau lampu belakang/ekor ketika memandu pada waktu malam, terutamanya apabila memandu di jalan yang tiada lampu jalan,
12. Oleh sebab itu, amat penting untuk tidak menganggap satu lampu besar atau lampu ekor yang menuju ke arah depan kenderaan ialah motosikal, Ini mungkin menjadi salah anggapan dan ia sangat merbahaya. Oleh itu sentiasa berhati-hati dalam membuat penilaian,
13. Apabila memandu pada waktu malam adalah dinasihatkan untuk memandu pada jalan raya yang biasa melaluinya atau jalan raya yang mempunyai lampu jalan yang baik.
14. Sebenarnya kebanyakan kemalangan yang berlaku pada waktu malam adalah disebabkan oleh lampu yang lemah/tidak baik, lubang-lubang yang terdapat di atas jalan atau pemandu yang tidak biasa dengan sesuatu jalan raga tersebut. Pemandu hendaklah memandu dengan perlahan di jalan raya seperti ini. Gunakan lampu tinggi jika perlu.
15. Pemandu juga dilarang menggunakan lampu tinggi apabila mengekori kenderaan lain. Cahaya kenderaan anda akan memantul melalui cermin pandang belakang kereta di hadapan dan menyilaukan mata pemandu kenderaan di hadapan.
16. Jika tidak dapat melihat disebabkan oleh lampu kereta yang datang dari arah hadapan, 'Klip'kan lampu tinggi sekali untuk mengingatkan pemandu kereta di hadapan supaya memadamkan lampu besar. Jika kereta tersebut datang dari belakang, berikanlah isyarat/tanda dengan tangan. Walau bagaimanapun jika kereta tidak bertindak bolas dengan merendahkan lampu besar, perlahankan kenderaan serta merta dan biarkan kenderaan tersebut melepasi atau memotong.
17. Walaupun ini membangkitkan kemarahan, seharusnya tidak melakukan perkara yang sama kepada pemandu tersebut apabila berada di belakang keretanya.
18. Pemandu dijangka memasang lampu kereta apabila hari mulai gelap. Pertamanya, harus memasang lampu tepi apabila hari mulai gelap atau apabila anda menyedari keadaan penglihatan anda mulai berkurangan disebabkan oleh keadaan gelap,
19. Jangan gunakan lampu kabus atau lampu memandu tambahan ketika memandu di dalam bandar. Lampu-lampu tersebut terlalu cerah dan mempunyai ketajaman yang tinggi, Adalah dinasihatkan agar lampu-lampu tersebut berkongsi suis dengan lampu tinggi. Anda mungkin terlupa memadamkannya jika suis lampu-lampu itu berasingan,
20. Kemalangan mungkin berlaku jika terlupa memadamkan lampu-lampu tambahan apabila ada kereta datang dari arah hadapan.
21. Anda mungkin perlu menyelaras lampu besar apabila kereta tersebut membawa muatan yang berat di dalam tempat meletak barang di belakang kereta. Bahagian hadapan mungkin lebih tinggi disebabkan muatan di belakang lebih berat dan lampu besar tidak akan menyuluh di atas jalan, Jangan lupa untuk menyelaras semula lampu besar kepada ketinggian biasa apabila muatan telah dikeluarkan dari tempat letak barang,
22. Kereta putih selalunya lebih mudah dilihat dengan jelas di waktu malam berbanding dengan kereta berwarna gelap. Pemilik kereta berwarna gelap adalah dinasihatkan melekatkan stiker pemantul di belakang kereta mereka untuk lebih mudah dilihat.
23. Kereta yang selalu dicuci dan bersih adalah lebih mudah nampak dibandingkan dengan kereta yang kotor. Pastikan kereta bersih terutamanya pada skrin kaca dan pintu.
24. Nyalakan lampu isyarat dan lampu'hazard' apabila perlu. Padamkan segera selepas digunakan. Demikian juga lampu brek. Jangan letakkan kaki pemandu di atas pedal brek jika pemandu tidak membrek. Cahaya cerah yang berterusan dari lampu brek boleh mengganggu pemandu di belakang.
25. Apabila memandu pada waktu malam seseorang pemandu tidak boleh melihat bahaya sebagaimana semasa memandu pada waktu siang hari, kerana seseorang pemandu mempunyai masa yang terhad untuk membuat keputusan. Antara faktor utama yang menyebabkon kemalangan pada waktu malam;
1) Faktor-faktor manusia
2)Faktor-faktor fizikal
1) Faktor-faktor Manusia
i) Penglihatan
Pemandu yang memandu pada waktu malam tidak boleh melihat sejelas yang dilihat ketika memandu pada waktu siang, Mata seseorang pemandu memerlukan masa untuk menyesuaikan penglihatan semasa melihat ketika lampu rendah,
ii) Silau
Pemandu juga boleh rabun seketika dengan cahaya yang terlalu terang. Seseorang pemandu mungkin memerlukan beberapa saat untuk pulih daripada silauan. Jika 2 saat berlaku dalam keadaan rabun akibat silauan boleh menjadi bahaya. Oleh itu jangan melihat secara tepat ke arah cahaya yang begitu terang apabila memandu. Lihatlah ke sebelah kiri jalan bagi mengelakkan terkena silauan cahaya.
iii) Letih dan kurang berwaspada
Letih dan kurang berwaspada akan menimbulkan masalah yang lebih serius semasa memandu pada waktu malam. Ini kerana pada waktu malam lazimnya masa seseorang itu untuk tidur. Pemandu tidak dapat melihat bahaya atau bertindak sepantas pada waktu siang, maka kemungkinan kemalangan pada waktu malam adalah tinggi, Sekiranya pemandu mengantuk langkah yang selamat ialah berhenti seketika untuk tidur.
2) Faktor-faktor Fizikal
i) Lampu jalan yang kurang terang
Pada siang hari selalunya cahaya yang terang cukup untuk melihat dengan begitu jelas. Ini tidak terjadi pada malam hari, terdapat lampu jalan yang terang dan ada yang kurang terang. Maka banyak pelanggaran sering berlaku pada waktu malam hari yang boleh melibatkan pejalan kaki, basikal atau binatang,
ii) Elak silauan dari kenderaan arah hadapan
Jangan lihat ke arah cahaya lampu kenderaan yang datang dari arah hadapan. Lihat ke arah kiri jalan atau lorong sebelah kiri bagi mengelakkan silauan.
iii) Gunakan lampu tinggi apabila perlu
Ramai pemandu sentiasa menggunakan lampu yang rendah. Ini boleh memberikan keupayaan jarak penglihatan yang lebih dekat semasa melihat ke hadapan, Gunakan lampu tinggi apabila ia selamat. Lampu tinggi hanya boleh digunakan jika pemandu berada lebih dari 100 meter dengan kenderaan dari arah hadapan atau semasa mengekori sesebuah kenderaan yang jaraknya lebih 100 meter.
iv) Jangan memandu ketika mengantuk
Kebanyakan pemandu tidak menyedari apabila ia akan tertidur semasa memandu. Jika rasa mengantuk elok berhenti seketika daripada memandu kerana ketika itu pemandu berada di dalam keadaan yang paling bahaya, Langkah yang bijak ialah tidur sebentar.
Motosikal
Pasang kunci tambahan untuk motosikal anda. Jangan hanya bergantung kepada kunci tengkuk semata-mata kerana ia mudah terbuka apabila disentap dengan kuat.
Pastikan keseluruhan motosikal anda dalam keadaan baik. Enjin, elektronik, tayar dan kerangka motosikal perlu diperiksa. Jangan kekurangan miyak enjin. Pastikan semua lampu dan hon berfungsi. Tahap kehausan tayar perlu diambil kira. Penyerap hentakan dan brek perlu dalam keadaan baik.
Bawa alatan pembaikpulih yang lengkap. Jika anda boleh menukar tiub yang bocor bersendirian, bawalah tiub gantian dan peralatan menukar tiub. Ini disebabkan kebocoran tiub dalam perjalanan sering terjadi.
Menunggang motosikal memerlukan lebih perhatian dan imbangan yang baik. Anda perlu cekap dan yakin untuk menunggang dalam kesesakan jalan raya.
Jangan menggalas beg tangan, beg bimbit atau beg galas sisi ketika menunggang motosikal. Ia mengganggu imbangan anda. selain itu mudah bagi peragut untuk menyentap beg anda dan anda mudah terjatuh kerana sentapan yang kuat akan menghilangkan imbangan anda. untuk menunggang motosikal adalah lebih baik menggunakan beg galas belakang.
Jangan meletakkan beg tangan anda di dalam raga motosikal. Peragut mudah untuk mengambilnya dalam keadaan anda tidak bersedia seperti ketika berhenti di lampu isyarat. Adalah lebih baik anda menyimpan di dalam kotak barang belakang.
Bagi pembonceng, jangan menggalas beg tangan anda, letakkan di pangkuan iaitu di celah antara anda dan pemandu motosikal.
Berhati-hati dengan kenderaan yang mendekati anda sama ada ketika menunggang atau berhenti di lampu isyarat terutama motosikal lain. Mereka mungkin penjenayah yang menunggu kelekaan anda.
Biasanya pemandu motosikal menggunakan lorong paling tepi atau lorong kecemasan di lebuhraya. Berhati-hatilah ketika menunggang di lorong ini terutama pada waktu malam kerana kadang-kadang kenderaan rosak yang berhenti di lorong kecemasan tidak memberikan sebarang tanda amaran atau menghidupkan lampu amaran kecemasan. Selain itu pada kebiasaannya lori-lori besar menggunakan lorong tepi. Biasan angin lori-lori ini kuat dan mampu menghilangkan imbangan motosikal kecil.
Apabila hujan lebat turun, berteduhlah sementara menanti hujan reda di tempat berteduh yang disediakan atau di tempat-tempat yang selamat. Jangan teruskan perjalanan anda dengan meredah hujan. Ia sangat berbahaya kerana jalan yang licin boleh menghilangkan cengkaman tayar dan mengganggu imbangan anda. Selain itu, pemandu kenderaan lain mungkin tidak nampak anda kerana pandangan mereka terhalang oleh hujan lebat.
Untuk perjalanan jauh, janganlah menggunakan motosikal kerana ia sungguh meletihkan disebabkan gangguan penyeimbangan badan dan redahan angin. Keletihan anda boleh mengganggu pemanduan dan menjejaskan tumpuan anda kepada jalan. Adalah lebih selamat bagi anda menggunakan perkhidmatan bas ekspres atau keretapi.
Panduan Untuk Penunggang Motosikal
Memakai Peralatan Yang Betul
Penunggang hendaklah memakai peralatan yang betul bagi keselamatan menunggang, Peralatan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
Topi Keledar
Kadang-kala terdapat penunggang motosikal terjatuh sewaktu menunggang. Jika terjatuh di jalan raya kemungkinan kepala akan terhentak. Hanya topi keledar yang baik dan diperakui boleh mengelak daripada kecederaan yang serius. Maka, sebab itulah undang-undang mewajibkan setiap penunggang dan pembonceng motosikal memakai topi keledar yang diperakui selamat.
Topi keledar perlu memenuhi kriteria seperti berikut:
Ø Kemas, selesa dan kukuh buatannya. Topi keledar yang longgar adalah tidak selamat dan boleh diumpamakan seperti tidak memakai topi keledar.
Ø Mernpunyai warna yang cerah seperti putih dan kuning.
Ø Mempunyai bahan pemantul atau pita pemantul di bahagian belakang dan tepi topi keledar.
Ø Topi keledar juga perlu ditukar jika didapati retak, lapisan kusyen longgar, pengikat lusuh atau topi keledar tersebut telah rosak. Menggunakan sabun dan air adalah cara terbaik membersihkan topi keledar. Ini terutamanya topi keledar yang dibuat dari polikarbonat,
Perlindungan Mata dan Muka
Mata memerlukan perlindungan dari angin, debu, hujan, serangga dan batu yang terpelanting ke atas oleh kenderaan lain. Pelindung muka atau visor lebih baik daripada sarung muka kerana ia melindungi keseluruhan muka,
Pakaian Pelindung
Pakaian yang sesuai boleh melindungi daripada tercedera jika terjatuh. Pakaian tersebut juga akan menjadikan kita lebih selesa dan kalis air. Jika memilih warna yang cerah, akan lebih mudah dikesani oleh pemandu lain.
Jaket dan seluar haruslah melindungi keseluruhan tangan dan kaki walaupun dalam cuaca panas. Pakaian dari kulit memberikan pelindung yang lebih balk. Cotton lilin, vinyl dan bahan sintetik lain yang kuat juga sesuai digunakan.
Menunggang untuk jangka masa yang panjang dalam cuaca sejuk boleh menyebabkan kesejukan dan keletihan. Ini akan menyebabkan rasa kebas dan motosikal tidak dapat dikawal. Oleh itu, jaket harus kalis angin dan muat, selesa pada leher, pergelangan tangan dan pinggang,
Memeriksa Motosikal
Sebelum memandu pastikan sama ada sistem motosikal dapat berfungsi dengan baik atau sebaiknya. Pemeriksaan ini bukan dilakukan di tengah jalan atau dalam perjalanan tetapi sebelum memulakan pemanduan. Setelah berpuas hati dengan pemeriksaan tersebut barulah boleh memandu.
Brek
Cuba gunakan brek di hadapan dan belakang serentak.
Cekam tuil dan 'throttle'
Pastikan cekam tuil don throttle mudah digunakan, Pastikan juga ia sentiasa berada dalam keadaan licin dan senang untuk ditarik atau dilepaskan.
Kabel
Periksa kabel daripada kusut atau kesan putus dan pastikan kabel disapu minyak pada hujung tuil.
Tayar
Biasanya motosikal hanya mengandungi dua biji tayar. Pastikan tayar-tayar tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik. Motosikal tidak akan stabil jika keadaan tekanan angin tayar berkurangan atau berlebihan. Tayar botak atau tidak ada bunga pula membuatkan motosikal sukar dikawal terutama apabila melalui jalan licin.
Lampu
Jangan terlalu yakin bahawa lampu motosikal berfungsi. Sentiasa mencuci dan memeriksa lampu motosikal dengan lebih kerap agar cahaya dapat menembusinya dengan lebih jelas dan terang.
Hon
Cuba bunyikan hon untuk pastikan ia berfungsi atau sebaliknya. Untuk membunyikan hon tidak semestinya apabila ada objek di hadapan sahaja tetapi mungkin ada objek yang tersembunyi. Oleh sebab itu kita perlu membunyikan hon berdasarkan situasi semasa, tempat atau sebagainya.
Rantai
Pastikan rantai motosikal disapukan dengan minyak rantai mengikut kesesuaian. Tahap kekenduran rantai mesti berada antara 10 - 20 mm.
Cermin
Untuk melihat dengan baik keadaan di belakang dan kedua-dua tepi, dua cermin diperlukan. Bersihkan dan betulkan cermin sebelum menunggang. Membetulkan cermin semasa memandu adalah merbahaya kerana pada ketika itu kita menunggang hanya dengan menggunakan sebelah tangan.
Betulkan cermin sehingga dapat melihat keadaan sekeliling di belakang dengan jelas. Betulkan kedua cermin agar dapat melihat objek di barisan belakang dan juga di sebelah,
Minyak dan Petrol
Periksa paras minyak dan petrol sebelum memulakan perjalanan. Kehabisan petrol dalam perjalanan akan mengganggu tugas harian. la juga boleh merbahayakan sekiranya kehabisan minyak ketika berada di tengah jalan dan lambat beredar ke tepi.
Ketiadaan minyak akan merosakkan enjin jika terus dipandu. la akan mengunci roda belakang dan akan menyebabkan hilang kawalan motosikal,
Menunggang Cara Selamat
Kawalan motosikal yang baik dari awal dapat menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kecederaan. Untuk mengawal motosikal, motosikal hendaklah ditunggang pada kelajuan yang betul. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk tujuan keselamatan.
Untuk mengawal motosikal dengan baik, kedudukan badan perlu berada dalam kedudukan yang betul. Duduk dekat dengan 'handlebar’ dengan tangan sedikit bengkok memegang 'handlebar’. Pegang pemegang dengan kemas, agar tidak terlepas gengaman pada pemegang jika motosikal melambung.
Siku hendaklah membengkok ke bawah bukannya membengkok keluar. Selain memberi keselesaan, kedudukan ini memberi kekuatan untuk mengawal motosikal Letakkan kaki di atas tempat letak kaki. Meletakkan kaki dengan betul membantu imbangan. Jangan menghela kaki ke tanah. Jika kaki anda terlanggar sesuatu imbangan akan hilang.
Badan hendaklah agak tegak sedikit. Ini membolehkan tangan untuk mengendalikan motosikal lebih daripada untuk menampung badan. Kedudukan menunggang yarg baik akan memberikan keselesaan, membolehkan pergerakan lancar dan pantas serta efektif menggunakan alat-alat kawalan motosikal.
Penunggang motosikal yang baru, mengalami lebih banyak masalah sewaktu membelok jika dibandingkan dengan penunggang motosikal yang berpengalaman Cara bagi memahirkan diri untuk membelok dengan selamat ialah dengan banyak membuat latihan.
Biasanya penunggang motosikal baru, cenderung membelok terlalu cepat. Apabila mereka gagal mengendalikan motosikal sewaktu membelok, mereka akan menyeberangi lorong kenderaan lain atau terke!uar dari jalan raya atau mereka akan membrek mengejut dan akan tergelincir tanpa dapat mengawal motosikal lagi.
Kebanyakan penunggang motosikal takut untuk menunggang condong dengan motosikal apabila membelok. Badan harus dicondongkan sewaktu membelok. Semakin tajam selekoh dan semakin laju menunggang motosikal, maka penunggang perlu menunggang dengan lebih condong sewaktu membelok. Penunggang motosikal dan pernbonceng mestilah sama-sama condong sewaktu membelok di selekoh.
Berhati-hati bila menggunakan brek hadapan. Ini adalah kerana kalau menekan tuil brek dengan terlalu kuat, ia akan terlekat di bahagian hadapan roda, Ini selalunya ber!aku di atas jalan raya basah. Kalau roda hadapan sudah terlekat motosikal anda hampir pasti terjatuh. Walaupun demikian, jika menggunakan brek hadapan dengan betul ia tidak akan menjadi bahaya.
Menukar gear adalah perlu untuk menggerakkan motosikal dengan lebih cepat dan lancar. Kemalangan boleh berlaku jika gear yang digunakan tidak betul sama ada bila menurunkan gear rendah, membelok atau menaiki di atas bukit
Adalah penting untuk menukar gear rendah apabila memperlahankan kenderaan atau untuk memberhentikan kenderaan. Dengan cara ini kuasa yang cukup akan diperolehi untuk berhenti dengan cepat jika diperlukan.
Jangan menaikkan atau merendahkan gear sewaktu membelok kecuali anda boleh melakukannya dengan lancar, Menukar gear dengan tiba-tiba ketika membelok akan menyebabkan roda belakang motosikal terkunci dan motosikal mungkin akan tergelincir. Adalah lebih bijak menukar gear sebelum mengambil selekoh.
Menentukan Jarak
Keselamatan terjamin dengan menentukan jarak yang sesuai. antara penunggang dengan kenderaan yang lain. Jika seseorang melakukan kesilapan, jarak tersebut akan membolehkan penunggang bertindakbalas dengan cepat untuk menghindarkan kemalangan. Sesetengah orang memanggilnya sebagai memelihara jarak pemanduan.
Jarak di Hadapan
Dalam keadaan biasa, cuba jarakkan sekurang-kurangnya jarak 2 saat antara anda dan kenderaan di hadapan. Peraturan 2 saat akan memberikan banyak masa untuk bertindakbalas jika pemandu-pemandu di hadapan memberhentikan kenderaan secara mengejut atau tiba-tiba. la juga memberi penunggang penglihatan yang lebih baik untuk melihat benda-benda yang berada di jalan rava. atau sebarang objek lain.
Jarakkan kenderaan dengan kereta di hadapan apabila memberhentikan kenderaan. Ini akan memudahkan untuk keluar jika seseorang meletakkan kereta di belakang penunggang.
Jarak di Bahagian Tepi
Penunggang-penunggang motosikal mudah melakukan sesuatu tetapi tidak bagi pemandu-pernandu lain. Penunggang boleh bergerak dari satu lorong ke lorong yang lain untuk menjarakkan motosikal dari kenderaan lain. Penunggang yang berpengalaman akan menukar lorong jika keadaan lalulintas berubah.
Di sini ada beberapa keadaan yang memerlukan pertukaran lorong. Apabila penunggang dipotong atau berselisih dengan kenderaan di hadapan, bergeraklah ke tengah-tengah lorong, Tidak ada sebab untuk penunggang menghampiri kenderaan itu.
Trak besar biasanya akan mendatangkan masalah. Kadang-kadang ia menjejaskan kawalan kenderaan penunggang-penunggang dan ia perlu mengambil ruang lebih jika berada hampir di tengah-tengah lorong. Bergerak ke tengah lorong apabila penunggang telah melepasinya.
Jarak di Belakang
Kebanyakan penunggang mengadu masalah kenderaan yang mengekori terlalu rapat. Jika sesebuah kenderaan mengekori penunggang terlalu rapat, tukar lorong dan biarkan kenderaan yang mengekori tersebut memotong penunggang. Jika pemandu tersebut masih mengekori terlalu rapat maka:
- Perlahan dan tingkatkan jarak dengan kereta di hadapan. Tingkatkan jarak 2 saat kepada jarak 4 saat. Ini akan memberi lebih masa untuk penunggang dan kereta yang mengekorinya bertindak sewaktu kecemasan; dan
- Perlahankan motosikal apabila jalan lengang setelah kenderaan yang mengekori telah memotong.
Mengenalpasti Masalah/Halangan
Tidak ada jaminan banawa pemandu lain akan melihat penunggang. Hanya penunggang sendiri sahajalah yang dapat memastikan keselamatan terjamin. Pemandu yang baik selalunya dapat mengenalpasti masalah serta menjauhkan diri daripada terlibat dalam kemalangan. Untuk tujuan itu, penumpang boleh melakukan perkara-perkara berikut:
ü Memandang Ke Hadapan
ü Menoleh Ke Belakang
ü Menggunakan Cermin
Memandang ke Hadapan
Ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan masalah yang datang dari depan. Pengalaman penunggang, amat berguna untuk mengenalpasti masalah dari hadapan. Di kawasan yang sibuk, pemandu seringkali terhalang pandangan hadapannya. Pada jalan raya yang luas pemandu-pemandu akan dapat melihat
pandangan hadapan dengan lebih jelas. Ini memberi mereka masa yang banyak untuk bertindak, sesuai dengan halangan di hadapan mereka. Mereka dapat menukar arah dengan serta merta untuk menghindarkan daripada terlibat dengan kemalangan.
- Sentiasa menumpukan pandangan kepada permukaan jalan di hadapan bagi tempat-tempat yang licin, berlubang, berbonggol-bonggol, jalan rosak atau sesuatu yang terdapat di atas jalan.
- Gunakan ketinggian sendiri. Lihat ke hadapan melepasi kereta yang penunggang ekori sama ada kereta tersebut hendak memotong atau membelok. Jangan hanya memandang belakang kereta di hadapan sahaja.
- Periksa sebelah tepi jalan raya. Perhatikan kereta yang meninggalkan tempat letak kereta atau kereta yang masuk ke jalan utama.
Menoleh ke Belakang
Penunggang motosikal juga mempunyai kawasan yang tidak dapat dilihat (blind spot) seperti juga kereta. Apabila penunggang menukar lorong, penunggang hendaklah menoleh ke belakang melihat lalulintas di belakang. Hanya cara ini penunggang dapat melihat kenderaan lorong sebelah di belakangnya. Ini penting jika penunggang ingin membuat pertukaran lorong. Ia dapat membantu pemandu kenderaan di lorong sebelahan penunggang bertindak untuk mengelak daripada kemalangan apabila ia menukar lorong,
Bagi jalan raya yang mempunyai banyak lorong, perhatikan juga lorong yang lain. Mungkin terdapat pemandu yang juga ingin menukar lorong yang sama dengan penunggang.
Menggunakan Cermin
Keadaan lalulintas berubah dengan cepat. Untuk mengetahui apa di belakang penunggang, selalunya periksa/pandang cermin motosikal, Oleh itu penunggang tidak akan terperanjat jika terdapat kenderaan lain memotong penunggang. Terdapat juga masa-masa tertentu untuk menggunakan cermin pandang belakang motosikal:-
ü Apabila penunggang perlu perlahan atau berhenti tiba-tiba. Jika terdapat kenderaan hampir di belakang, biarkan kenderaan tersebut melepasi penunggang.
ü Apabila penunggang berhenti di persimpangan, perhatikan kenderaan yang menghampiri penunggang dari belakang. Jika pemandu tersebut tidak memberi perhatian, mungkin kenderaan tersebut me!anggar penunggang.
ü Apabila penunggang menukar lorong, pastikan tidak ada pemandu/ kenderaan yang memotong.
Menunggang Pada Waktu Malam
Pada waktu malam adalah sukar bagi penunggang untuk melihat dan dilihat. Dengan satu lampu adalah sukar untuk melihat keadaan jalan raya atau sesuatu yang merintangi di hadapan penunggang. Pemandu lain juga mempunyai kesukaran untuk melihat lampu besar dan lampu belakang motosikal di antara lampu-lampu kenderaan lain yang lebih terang.
Apabila memandu pada waktu malam penunggang sepatutnya memberi perhatian terhadap aspek berikut;
Menggunakan lampu tinggi
Pasangkan semua lampu yang boleh. Gunakan lampu tinggi apabila tidak mengekori atau berselisih dengan kenderaan lain,
Kurangkan kelajuan anda
Jika ada sesuatu yang merintangi di jalan raya di hadapan penunggang-penunggang mungkin tidak dapat melihatnya sehinggalah ia berada hampir dengannya. Jika penunggang memandu dengan terlalu laju, mungkin tidak sempat untuk mengelaknya. Ini adalah antara sebab penting bagi penunggang untuk mengurangkan kelajuan pada waktu malam.
Gunakan kenderaan di hadapan
Jika ada kenderaan di hadapan, lampu daripada kenderaan itu boleh menolong memberikan pandangan yang lebih baik daripada lampu motosikal sendiri. Lampu belakang daripada kenderaan itu juga akan memantul ke atas dan ke bawah dan membolehkan penunggang berwaspada daripada bonggol atau jalan yang berlubang.
Menambah jarak
Adalah sukar bagi penunggang untuk mengagak jarak pada waktu malam. Ini bagi diri sendiri dan juga pemandu yang lain. Untuk itu, penunggang haruslah mengekori kenderaan pada jarak yang terbaik bila memandu di sebelah kenderaan lain.
Pastikan Penumpang Boleh Dilihat
Perkara penting yang perlu diingatkan ialah mengenai pakaian dan peralatan yang tertentu pada waktu malam. Oleh itu letakkan pelekat pemantul cahaya pada topi keledar dan pakaian atau lebih baik jika memakai pakaian yang memantulkan cahaya. Adalah satu idea yang bagus jika ada pelekat pemantul cahaya di tepi motosikal.
Diingatkan agar penunggang tidak memakai pelindung muka (visor) yang bercalar kerana ia adalah merbahaya. la akan menyilaukan penunggang akibat cahaya lampu dari kenderaan yang datang dari depan dan akan memberikan pandangan yang kabur kepada penunggang.
Membawa Penumpang Dan Barangan
Jika penunggang tidak berpengalaman menunggang motosikal, ia sepatutnya mengelak daripada membawa penumpang atau barang yang besar atau berat, Berat yang berlebihan boleh mempengaruhi pergerakan motosikal.
Sekiranya penunggang pertama kali membawa penumpang bawalah seseorang yang ringan terlebih dahulu sebelum membawa penumpang yang lebih berat daripada penunggang.
Di sini ada beberapa cara yang perlu diikuti apabila membawa penumpang dan barangan. Apabila membawa penumpang, penunggang hendaklah memastikan perkara berikut:
Tempat duduk yang sesuai
Tempat duduk sepatutnya besar dan cukup untuk penunggang dan penumpang. Penunggang tidak seharusnya bergerak rapat ke depan di atas motosikal, Penumpang pula tidak sepatutnya duduk di belakang iaitu di hujung tempat duduk.
Pemijak kaki
Undang-undang menghendaki motosikal mempunyai pemijak kaki untuk kegunaan penumpang. Tanpa pemijak kaki yang kukuh, penumpang yang dibawa mungkin akan terjatuh dan kemungkinan ia akan menarik penunggang juga akan turut terjatuh.
Alat perlindungan
Undang-undang juga menuntut agar penunggang dan pembonceng memakai topi keledar yang diluluskan. Selain daripada itu penunggang patut menggunakan pakaian yang mempunyal ciri-ciri keselamatan.
Jangan menganggap pembonceng mengetahui apa yang perlu dilakukan walaupun jika dia seorang penunggang motosikal. Beri peringatan yang selengkapnya sebelum memulakan perjalanan.
Pembonceng mesti diberitahu:
- Menaiki motosikal hanya setelah enjin motosikal telah dihidupkan.
- Duduk rapat dengan penunggang.
- Pembonceng mesti memegang sama ada bahagian pangkal paha, pinggang, tali pinggang penunggang atau pemegang pembonceng iaitu di belakang tempat duduk.
- Pastikan kaki pembonceng sentiasa di atas pemijak walaupun motosikal sedang berhenti.
Menunggang dengan Pembonceng
Apabila penunggang membawa penumpang, motosikal akan bergerak dengan lebih perlahan. la akan mengambil masa yang panjang untuk menambah kelajuan, memperlahankan motosikal atau semasa membelok. Keberatan pembonceng atau keringanan motosikal, akan menyebabkan perkara-perkara di atas berlaku. Untuk membetulkan keadaan ini penunggang sepatutnya
- Pandu pada kelajuan yang rendah, terutama ketika membelok ataupun melalui bonggol.
- Apabila hendak memberhentikan motosikal, mulakan dengan memperlahankannya lebih awal.
Penunggang hendaklah memberitahu pembonceng ketika hendak memulakan pergerakan, berhenti dengan tiba-tiba, mengambil selekoh tajam atau memandu di jalan berbonggol. Walau apapun penunggang perlu membisikkan kepadanya atau bercakap secara perlahan.
Menunggang dengan Membawa Barang
Walau pun motosikal sebenarnya tidak dibentuk untuk membawa barangan, barang yang kecil dan ringan boleh dibawa dengan selamat jika diletak di tempat yang betul kedudukannya atau pun mengikatkannya Oleh itu pastikan perkara berikut di beri tumpuan;
Pastikan beban itu ringan
Bawalah barang dengan meletakkannya ke dalam sebuah beg. Ini akan menjaminkan keselamatan. Jangan membawa barang dengan hanya meletakkannya di belakang tempat duduk. Ini akan menukarkan daya graviti dan mengganggu keseimbangan motosikal.
Keselamatan barang
Ikat dengan selamat barangan yang dibawa dengan menggunakan tali yang anjal. Muatan yang longgar boleh tersangkut pada roda atau rantai. Jika ini berlaku, tayar belakang mungkin tersangkut dan motosikal boleh tergelincir.
Mengendalikan Motosikal Ketika Kecemasan
Dalam sesuatu keadaan penunggang harus berhati-hati ketika berada dalam keadaan tegang. Keadaan ini tidak mustahil berlaku. Penunggang sepatutnya mengetahui apa yang harus dibuat dan dapat mengendalikannya dengan cepat dan berkesan.
Buat latihan di tempat yang sesuai. Ini akan memberikan penunggang kemahiran dan keyakinan ketika penunggang berada dalam kecemasan. Di sini, dinyatakan beberapa keadaan kecemasan dan cara-cara untuk mengendalikannya:
Membrek
Motosikal yang bergerak tegak dan dalam perjalanan yang lurus boleh diberhentikan dengan cepat. Untuk memberhentikan dengan cepat penunggang boleh:
- Tutup throttle'
- Gunakan kedua-dua brek dengan kuat tetapi tidak di tempat Iicin.
- Sebelum berhenti tarik cekam.
Ketiga-tiga perkara ini perlu dilakukan serentak, tetapi tanpa mengunci brek. Ia amat penting kerana akan menyebabkan roda hadapan terkunci. Jika ini berlaku penunggang mungkin akan terjatuh.
Membrek di jalan raya yang berselekoh memerlukan tumpuan yang sepenuhnya kerana ia akan menggelincirkan penunggang. la seperti roda kehilangan kawalan apabila penunggang membrek.
Cara yang paling baik untuk mengelakkan keadaan kecemasan jalan raya berselekoh ialah kurangkan kelajuan sebelum melalui kawasan jalan raya berselekoh. Jika perlu, gunakon brek sebelum mula melalui kawasan berselekoh. Jika perlu membrek di jalan berselekoh:
- Gunakan kedua-dua brek pada masa yang sama tetapi hanya pada peringkat yang awal.
- Jika penunggang memandu perlahan penunggang boleh bergerak tegak untuk menambah kuasa membrek.
Menukar Arah Dengan Pantas
Menukar arah dengan pantas adalah perlu untuk mengelakkan kemalangan ketika kecemasan. Lubang atau sampah mungkin tiba-tiba berada di depan haluan anda. Cara yang balk untuk mengelakkan pelanggaran ini ialah dengan menukar arah dengan tiba-tiba. Mengelak adalah cara yang terbaik dengan menukar arah dengan cepat sekitar objek.
Untuk membelok dengan cepat ke kanan -
- Tolak perlahan pemegang sebelah kanan dengan tapak tangan anda.
- Roda hadapan akan membelok ke sebelah kiri dan motosikal akan cenderung ke arah kanan.
- Apabila motosikal telah cenderung ke kanan, berhenti menolak don tegakkan motosikal.
Proses ini mempercepatkan motosikal membelok ke kiri. Latih diri supaya mahir untuk berbuat demikian agar penunggang boleh menggunakannya sekiranya perlu.
Untuk mengelak sesuatu halangan mungkin perlu bagi penunggang untuk membrek dan membelok dalam masa yang sama. Perlahankon motosikal sewaktu membelok dan ini memberikan penunggang lebih masa untuk membelok. Gunakan brek belakang secara minima, tayar belakang cenderung untuk tergelincir jika kita membuat pembelokan yang tajam.
Kawalan Ketika Tergelincir
Tergelincir adalah salah satu daripada pengalaman yang menakutkan kepada penunggang motosikal. Motosikal yang tergelincir dengan tiba-tiba boleh menjadinya lebih sukar untuk dikendalikan. Di sini ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:
ü Brek dengan kuat salah satu atau kedua-dua brek merupakan satu sebab berlakunya gelinciran.
ü Jika roda depan tergelincir, lepaskan brek depan secepat mungkin.
ü Jika roda belakang tergelincir, kawal motosikal dalam haluan penunggang dan lepaskan brek secara beransur-ansur untuk membolehkan roda tayar kembali mendapat cengkaman.
ü Jika kegelinciran disebabkon oleh motosikal yang terlalu laju lepaskan pemulas minyak. Roda yang berputar akan menyebabkan motosikal tidak dapat dikawal jika dibandingkan dengan roda yang terkunci.
ü Dalam mana-mana keadaan kegelinciran, pastikan kedua-dua kaki berada di atas pemijak kaki. Ini akan membolehkan penunggang mengawal dengan baik untuk mengekalkan keseimbangan.
Masalah Mekanikal
Kerosakan yang berlaku pada motosikal juga boleh menyebabkan.
Angin keluar dari tiub dan tayar pancit
Jika angin di tayar pancit dan keluar dengan cepat penunggang perlu mengambil tindakan yang cepat. Jika tayar hadapan pancit, ini adalah lebih merbahaya dan akan memberi kesan terhadap kawalan pemegang motosikal. Penunggang perlukan satu kawalan yang baik untuk memastikan motosikal sentiasa seimbang.
Penunggang tidak dapat mendengar bunyi angin keluar. Penunggang hanya boleh mengesan tayar yang kempis dari cara pergerakan motosikal. Jika tayar depan kempis, pemegang (handle) berasa berat dan jika tayar belakang kempis belakang motosikal cenderung untuk menggelunsur ke kiri dan ke kanan.
Berikut adaiah beberapa perkara yang perlu dilakukan jika tayar pecah atau keluar angin.
- Pegang (handle] motosikal dengan kemas dan tumpukan perhatian. Cuba untuk bergerak secara lurus.
- Bebaskan brek. Lepaskan pemulas minyak perlahan-lahan dan biarkan motosikal bergerak perlahan.
- Jika tayar hadapan yang kempis. pindahkan berat ke belakang dan jika tayar belakang yang kempis, duduk seperti biasa dan
- Tunggu sehingga motosikal anda bergerak lebih perlahan dan tungganglah motosikal ke tepi bahagian jalan untuk berhenti.
Ingat, maklumat di atas hanya sesuai digunakan ketika penunggang menunggang dalam keadaan perlahan. Sekiranya penunggang memandu secara laju, ia mungkin boleh terjatuh, jika tayar kempis atau pecah.
Pemulas Minyak Tersekat
Jika penunggang tiba-tiba mendapati pemulas minyak lekat, penunggang perlu bertindak dengan cepat. Penunggang hendaklah:
- Tarik cekam tuil serta-merta dan gunakan brek. Ini akan menyebabkan kuasa enjin akan terputus dari roda belakang dan mengelakkan kelajuan motosikal meningkat. Penunggang hendaklah menarik cekam tuil sehingga motosikal berhenti atau pemulas minyak bebas. Jika motosikal mempunyai cekam automatik, tukarkan kepada kedudukan (neutral).
- Jika pemulas minyak tidak dapat ditutup, gunakan suis enjin dan padamkan enjin tetapi jika motosikal tidak mempunyai suis penutup enjin atau kunci berada di sebelah tepi motosikal tunggu sehingga motosikal berhenti untuk mematikan enjin
- Selepas berhenti, periksa kabel pemulas minyak dengan berhati-hati untuk mencari punca masalah itu. Uji pemulas minyak beberapa kali. Jika masalah kabel terlekat, penungganghendaklah membetulkannya sebelum memulakan perjalanan
Penunggang Basikal
1. Penunggang basikal hendaklah menunggang di tepi sebelah kiri jalan serta perlu membenarkan kenderaan lain memotongnya dengan selamat. la juga sepatutnya menunggang dengan lurus dan mengelakkan daripada membelok secara tiba-tiba.
2. Amalan menunggang basikal dalam satu barisan ataupun secara tidak bersaing adalah perlu dititikberatkan.
3. Penunggang basikal juga dilarang mencelah keluar dan masuk di celah celah kenderaan lain yang sedang bergerak dalam kesesakan lalulintas.
4. Semasa menunggang, penunggang basikal hendaklah sentiasa berada pada jarak yang selamat di belakang kenderaan yang bergerak. Ini dapat memberi ruang untuk bertindak sekiranya kenderaan di hadapan berhenti secara tiba-tiba.
5. Apabila hendak melepasi kenderaan yang diletakkan di tepi jalan perlulah berhati-hati kerana kemungkinan terdapat penumpang-penumpang yang berada di dalam kenderaan akan membuka pintu kenderaan. Tungganglah basikal pada jarak yang selama apabila hendak melepasinya iaitu sekurang-kurangnya pada jarak 1 meter.
6. Sekiranya menaiki bukit yang curam dan tidak berupaya mengayuh basikal tersebut, seelok-eloknya berhenti dan turun dari basikal. Apabila menuruni bukit kelajuan perlulah dikawal kerana menunggang terlalu laju menyebabkan sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba ketika kecemasan.
7. Palang pemegang (handle bar) basikal hendaklah sentiasa dipegang bagi mengelakkan hilang kawalan. Sekiranya hendak memberi isyarat tangan ketika membelok hendaklah berhati-hati dan pegang semula palang pemegang sebelum membelok bagi memastikan keseimbangan kenderaan.
8. Seelok-eloknya cuba elakkan daripada membawa barang-barang di bahu atau sebagainya kerana is menjejaskan kawalan kenderaan, Letak barang-barang tersebut di tempat pembawa yang terdapat pada basikal tersebut. Begitu juga ketika memandu dalam cuaca hujan, elakkan menggunakan payung kerana is akan menjejaskan kawalan. Penggunaan komponen basikal seperti brek, loceng dan lain-lain sukar dilakukan dengan menggunakan hanya satu tangan sahaja ketika memegang payung.
9. Membawa pembonceng ketika menunggang basikal adalah tidak dibenarkan
10. Pastikan pada waktu malam lampu hendaklah dalam keadaan baik dan berfungsi. Lampu hadapan hendaklah bercahaya putih manakala belakang hendaklah berwarna merah atau menggunakan pemantul. Bagi basikal yang mempunyai madgad, catkan madgad belakang dengan warna putih dan pastikan madgad sentiasa dalam keadaan bersih. Ini boleh menyelamatkan penunggang daripada dilanggar oleh kenderaan yang hendak memotong. Sekiranya selalu menunggang pada waktu malam, seelok-eloknya pakai baju atau kot berwarna putih. Ini akan menolong pemandu-pemandu kenderaan lain dan pejalan kaki melihat dengan Iebih jelas.
11. Pastikan tempat duduk sesuai dengan ketinggian penunggang supaya ia dapat mengawal basikal dengan baik.
12. Sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas. Jangan abaikan tanda-tanda isyarat yang diletakkan di sepanjang jalan walaupun sebagai penunggang basikal, kerana tanda-tanda ini adalah untuk keselamatan dan arahan kepada semua pemandu kenderaan termasuk penunggang basikal.
13. Sentiasa menggunakan jalan yang selamat dan cuba elakkan daripada lalulintas yang sibuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan